The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 81 Oleh itu, pemilihan unit amanah patuh syariah harus berdasarkan kepada toleransi risiko individu dan matlamat pelaburan. Perkembangan dan Populariti Pelaburan dalamunit amanah patuh syariah semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya sebagai pilihan pelaburan jangka panjang. Keyakinan masyarakat terhadap instrumen ini menyumbang kepada pertumbuhan industri dan peningkatan ekonomi negara. Secara keseluruhan, unit amanah patuh syariah di Malaysia menawarkan alternatif pelaburan yang tidak hanya menguntungkan tetapi juga selaras dengan nilai-nilai Islam, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur yang ingin memastikan bahawa pelaburan mereka mematuhi prinsip-prinsip syariah. Manfaat Unit Amanah 1. Kepelbagaian/ Diversifikas i: Apabila unit amanah mengumpulkan dana daripada pelabur, ia dapat mengurangkan risiko pelaburan tunggal melalui konsep kepelbagaian. Dengan melabur dalam pelbagai jenis aset, seperti saham, bon, dan instrumen pasaran wang, unit amanah memastikan risiko disebarkan secara meluas. Kepelbagaian ini Tahap Risiko Rendah Sederhana Tinggi Ciri-Ciri Pelaburan dalam instrumen yang lebih selamat seperti deposit tetap dan instrumen pasaran wang Islam. Risiko kehilangan modal adalah rendah, tetapi pulangan juga lebih rendah. Mengandungi campuran sukuk dan ekuiti patuh syariah. Risiko kehilangan modal adalah sederhana, dengan potensi pulangan yang lebih baik berbanding dana rendah risiko. Melabur dalam saham syarikat yang patuh syariah. Ini membawa risiko yang lebih tinggi kerana turun naik pasaran tetapi juga menawarkan potensi pulangan yang lebih tinggi. Pulangan Rendah Sederhana Tinggi Peratusan Pulangan tahunan biasanya antara 2% hingga 4% Pulangan tahunan boleh berkisar antara 4% hingga 8% Pulangan tahunan boleh melebihi 8%, bergantung kepada prestasi pasaran ekuiti. Keterangan Sesuai untuk pelabur yang mencari keselamatan lebih daripada pertumbuhan Ini sesuai untuk pelabur yang bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik Pelabur dalam kategori ini harus bersedia menghadapi turun naik dan risiko kehilangan modal Sumber: Othman, S. H., & Ramli, R. (2019)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=