The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 79 Unit Amanah Anis Farizah Sabaruddin Nuradli Ridzwan ShahMohd Dali Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Malaysia yang majoritinya beragama Islam, kerana unit amanah patuh syariah menawarkan peluang pelaburan yang sejajar dengan prinsip-prinsip Islam, sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur bahawa pelaburan mereka bebas daripada unsur riba, gharar, dan maysir. Dengan memahami asas unit amanah patuh syariah, para pelabur dapat membuat keputusan yang lebih bermaklumat, bukan sahaja untuk manfaat kewangan jangka panjang tetapi juga untuk mencapai keberkatan dalam pengurusan harta. Unit Amanah Unit amanah ialah satu bentuk skim pelaburan di mana dana daripada ramai pelabur digabungkan untuk membeli Pemerkasaan Kewangan melalui Skim Pelaburan Unit Amanah Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan perkembangan pesat dalam bidang pelaburan, yang turut mendorong peningkatan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat. Salah satu instrumen pelaburan yang semakin mendapat perhatian ialah unit amanah. Instrumen ini telah menjadi pilihan popular untuk membantu orang ramai menguruskan kewangan mereka dengan lebih bijak dan berpotensi meningkatkan kekayaan secara sistematik. Artikel ini akan meneliti konsep unit amanah patuh syariah , kebaikannya, serta bagaimana ia boleh menjadi alat penting dalam membina pertumbuhan dan kestabilan kewangan. Perbincangan ini amat relevan, terutamanya bagi masyarakat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=