The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 7 16 Julai 2024 – Program Jelajah JOM Masuk USIM merupakan inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) bagi memperkenalkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada pelajar sekolah menengah. Pada tahun ini, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini di salah sebuah sekolah di Terengganu. Setelah beberapa sekolah dihubungi, Sekolah Mengengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas telah menyambut baik dan bersetuju menjadi tuan rumah bagi program ini. Program yang berlangsung pada jam 10 pagi hingga 1 petang ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 190 pelajar tingkatan lima. Lebih menarik lagi, dengan pelbagai aktiviti ilmiah yang direncanakan telah menjadikan program ini sebagai platform yang bukan sahaja memberi maklumat tetapi turut mencetus inspirasi kepada pelajar dalam merancang masa depan pendidikan mereka. Semangat dan komitmen pelajar yang hadir menjadikan program ini sebuah pengalaman bermakna terutamanya bagi semua pihak yang terlibat. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Kaunselor SMKADato’HajiAbbas,CikguNapis, sebagai pembuka tirai program dengan penuh penghargaan atas kedatangan pihak fakulti. Seterusnya, para pelajar disajikan dengan tayangan video rasmi USIM dan video korporat FEM, yang dapat memberikan gambaran komprehensif tentang keunikan dan keunggulan universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Bagi menyemarakkan lagi semangat, para pelajar turut berpeluang menyanyikan lagu rasmi USIM, yang bukan sahaja menyuntik rasa kebanggaan tetapi juga mengeratkan hubungan antara universiti dan bakal pelajar. Sesi ini diteruskan dengan perkongsian menarik yang disampaikan oleh Dr. Najwa selaku Penyelaras Program PromosiFEM,denganmemberikan maklumat terperinci mengenai USIM, Pusat Tamhidi, serta program-program akademik yang ditawarkan di setiap fakulti. Perkongsian ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi meningkatkan interaksi bersama pelajar, program diteruskan dengan sesi beramah mesra melalui aktiviti interaktif berbentuk soal jawab kuiz bersama Dr Norfhadzilahwati, Dr Aqilah, Dr Amalina dan juga Dr Suhaida. Para pelajar telah menunjukkan semangat tinggi Jelajah Jom Masuk USIM 2024 - FEM ke SMKA Dato’ Haji Abbas, Terengganu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=