The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 6 Slot pertama berkaitan Shariah Audit and Risk Management, yang disampaikan oleh Dr. Noor Aimi binti Mohamad Puad (UIS) dengan tajuk Shariah Audit Practices in Malaysian Takaful Industry, dan Dr. Ronald Rulindo (UI) dengan tajuk Managing Failed Islamic Bank: Sharia Compliance Resolution Framework for Islamic Bank. Manakala Slot kedua adalah berkaitan Islamic Financial Innovations and Resilience, yang disampaikan oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Kassim (MSU) dengan tajuk The Power of Crowdfunding for Tomorrow: From the Islamic Perspective, dan Dr. Dimas Bagus Wiranatakusuma (UNAIR) dengan tajuk Islamic Banking Resilience. Slot ketiga pula adalah sesi perkongsian daripada AZKA-PPZ selaku penaja utam program ini, yang disampaikan oleh Puan Shuhada Mamat dengan tajuk Zakat Disclosure in Malaysia: Practice in Federal Territory. Bagi pertandingan poster, sebanyak 22 poster yang telah mengambil bahagian. Terdapat tiga kategori pemenang iaitu anugerah emas, perak, dan gangsa. Bagi anugerah emas, tempat pertama disandang oleh UNAIR dengan poster yang bertajuk CWLD: Cash Wakaf Linked Deposit Win Win Win Solution Scheme, tempat kedua disandang oleh UMY dengan poster yang bertajuk Digital Financial Literacy with Finmap, dan tempat ketiga disandang oleh UI dengan poster bertajuk Harnessing Green Sukuk: A pathway to Carbon Neutrality through Islamic Finance. Kumpulan pembentangan poster terbaik disandang oleh UNAIR dengan tajuk poster yang sama. Bagi pertandingan MIG, terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori individu dan kategori berkumpulan (19 kumpulan). Bagi kategori individu, tempat pertama dimenangi oleh Nimotallahi Abiodun Durojaiye daripada INCEIF University, tempat kedua dimenangi oleh Amin Najmi Bin Mohd Ruzlan daripada USIM, dan tempat ketiga dimenangi oleh Nadhrah Ilmina Dilsyaadi daripada Tazkia Institute. Bagi kategori kumpulan, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 2, daripada Universitas Indonesia (UI), tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan 1 daripada Management & Science University (MSU), dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan 4 daripada Universitas Airlangga (UNAIR).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=