The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 40 penggunaan kenderaan persendirian. Walau bagaimanapun, cabaran seperti perkhidmatan terhad dan penyertaan masyarakat awam yang rendah telah menghalang pelaksanaan Trans Sarbagita untuk mencapai potensi sepenuhnya. Beberapa cadangan penambahbaikan Trans Sarbagita telah dikenalpasti. Ini termasuklah melibatkan komuniti dalam “Bus Stop Care Day” sebagai usaha untuk penjagaan kebersihan kawasan tumpuan laluan Trans Sarbagita. Selain itu, mewujudkan insentif terhadap golongan muda seperti diskaun atau mata ganjaran yang boleh ditebus untuk menarik minat penggunaan Trans Sarbagita terutamanya dalam kalangan golongan muda. Tambahan pula, pertambahan bilangan bas serta laluan perjalanan Trans Sarbagita terutamanya dalam menghubungkan ke tempat pelancongan popular juga sedikit sebanyak menarik minat penggunaan perkhidmatan awam ini. Seterusnya, kempen hari tanpa kereta pada setiap bulan juga dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti Trans Sarbagita. Di samping itu, menghiaskan bas dengan reka bentuk tradisional Bali juga dapat dilaksanakan untuk menarik minat penggunaan Trans Sarbagita terutamanya kepada pelancong luar. Akhirnya, kolaborasi bersama pemain industri pelancongan tempatan dengan mengoptimumkan penggunaan Trans Sarbagita sebagai medium pengangkutan juga diperlukan untuk menyokong lawatan kebudayaan dan tempat-tempat tumpuan pelancong di Bali. Kajian Kes 5 - Purata 150 Kilogram Sisa Makanan Sehari: Tsunami Sampah yang Menimbulkan Ancaman Utama Kepada Pelancongan di Bali Industri pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi dan berfungsi sebagai sumber pendapatan yang utama di Bali. Kemasukan pelancong telah membawa kepada pelbagai isu alam sekitar dan infrastruktur dan salah satunya adalah sisa makanan yang menimbulkan kebimbangan besar terhadap alam sekitar dan kemampanan industri pelancongan di Bali. Masalah sisa makanan di Bali adalah membimbangkan dengan purata 150 kilogram makanan dibuang setiap hari. Isu ini berpunca daripada beberapa faktor termasuklah pertambahan penduduk, corak penggunaan yang berubah, dan kekerapan makan yang bertambah (Muliarta et al., 2023). Sisa makanan ini menyumbang kepada masalah alam sekitar seperti pelepasan metana dan kebakaran tapak pelupusan yang menjejaskan kesihatan awam dan industri pelancongan. Selain itu, sistem pengurusan sisa makanan semasa tidak cukup berkesan dan mengakibatkan proses pelupusan yang tidak menyeluruh dan memburukkan lagi pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Tambahan pula, kelemahan pengurusan sisa makanan ini juga disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendidikan oleh peniaga tempatan dan pelancong. Kelemahan pengurusan sisa makanan juga membawa kepada kerugian kewangan yang besar dan menjejaskan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=