The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 39 lebih banyak sisa daripada penduduk tempatan dan membebankan infrastruktur pengurusan sisa buangan yang terhad di pulau ini. Satu kajian pada 2019 mendedahkan pencemaran plastik, mendedahkan bahawa ikan pari (manta) yang menetap di kawasan seperti Teluk Manta boleh memakan sehingga 62.7 keping plastik sejam terutamanya di musim hujan. Selain itu, laporan dari 2018 menunjukkan sejumlah besar sisa plastik terapung di tapak menyelam utama, menekankan keperluan mendesak untuk pengurusan sisa yang lebih baik (Widyarsana & Damanhuri, 2020). Maka, wujud keperluan untuk melindungi hidupan marin di Nusa Penida dan pada masa yang sama perlu untuk mengekalkan aktiviti ekonomi yang dipacu oleh industri pelancongan. Kajian kes ini melihat kepada keperluan untuk membangunkan pendekatan seimbang yang mengurangkan sisa plastik, meningkatkan infrastruktur pengurusan sisa, dan menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab. Ianya adalah untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan ekonomi di pulau ini. Bagi mengatasi permasalahan ini, beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukan. Ini termasuklah memproses sisa menjadi tenaga elektrik iaitu dengan menukar sisa buangan kepada tenaga elektrik melalui teknologi Waste to Energy. Ini dapat mengurangkan jumlah sisa di samping menjana tenaga elektrik untuk keperluan tempatan. Selain itu, terdapat juga cadangan untuk membina kemudahan rawatan sisa buangan bersepadu yang boleh mengendalikan pelbagai jenis sisa buangan, termasuk sisa organik dan bukan organik. Tambahan pula, pendidikan dan kesedaran melalui kempen dan program berkaitan tentang kepentingan pengurusan sisa buangan yang baik terutamanya di kawasan pelancongan juga perlu dilaksanakan. Ini termasuklah pelaksanaan sistem 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Kajian Kes 4 – Keberkesanan Pengangkutan Awam Trans Sarbagita Dalam Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau: Langkah Strategik ke Arah Bali Bersih dan Hijau Bali menghadapi cabaran besar dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutamanya daripada kenderaan persendirian. Dengan pertambahan pesat bilangan kenderaan bermotor, bandar Denpasar di Bali telah merekodkan pelepasan CO2 sebanyak 1.58 juta tan setahun, di mana sebahagian besarnya disebabkan oleh kesesakan lalu lintas dan penggunaan bahan api yang tidak cekap (Adhika et al., 2020). Dalam hal ini, Trans Sarbagita sebagai sistem pengangkutan awam dijangka mampu untuk menjadi penyelesaian dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menyokong visi Bali untuk menjadi pulau yang bersih dan hijau. Trans Sarbagita ialah sistem pengangkutan bas awam yang dilancarkan pada 2011 di pulau Bali untuk menangani kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (Aryasih et al., 2024). Sistem ini bertujuan untuk menghubungkan kawasan utama, termasuk Denpasar, Badung, Gianyar, dan Tabanan serta menawarkan alternatif kepada
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=