The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 38 boleh direka bentuk dengan menggabungkan ciri-ciri landskap semula jadi untuk meneutralkan binaan yang dibuat. Kajian Kes 3 - Strategi Pengurusan Sisa Akuatik di Nusa Penida: Merealisasikan Kelestarian Alam Sekitar dan Ekonomi di Bali Nusa Penida merupakan sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan pulau Bali telah ditetapkan sebagai kawasan perlindungan marin pada tahun 2014, berikutan ianya terkenal dengan terumbu karang dan hidupan marin yang pelbagai. Walau bagaimanapun, kini Nusa Penida menghadapi ancaman yang semakin meningkat akibat daripada sisa akuatik, terutamanya pencemaran plastik. Sejak tahun 1990-an, industri pelancongan telah berkembang pesat di Nusa Penida dan telah membawa kepada peningkatan penghasilan sisa buangan. Pelancong biasanya menghasilkan terutamanya kepada alam sekitar apabila penebangan hutan dijalankan untuk pembinaan hotel dan mengakibatkan gangguan ekosistem dan hakisan tanah, seterusnya menjadikan tebing terdedah kepada risiko tanah runtuh. Selain itu, sisa pembangunan yang mengalir ke laut dari hotel-hotel ini juga akan mencemarkan air laut dan merosakkan terumbu karang. Ini sudah pasti akan membahayakan keselamatan manusia dan hidupan liar dalam jangka masa panjang. Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah dibahaskan termasuklah dengan melaksanakan kawalan pembinaan di kawasan tebing di sekitar pulau Bali. Antara perkara yang boleh dilakukan termasuk menjalankan penilaian kesan alam sekitar dengan menilai potensi kesan ke atas ekosistem tempatan, termasuk flora, fauna dan sumber air. Selain itu, inisiatif penanaman semula pokok boleh membantu untuk menstabilkan dan mengukuhkan semula struktur tanah melalui sistem pengakaran pokok. Pokok mempunyai akar yang dalam yang menambat tanah, manakala pokok renek mempunyai dedaunan yang lebat yang boleh mengurangkan kesan hujan. Tambahan pula, pembinaan dinding daripada batu tempatan boleh dijadikan sebagai penghalang yang kuat untuk menghalang sebarang pergerakan tanah. Dinding sokongan ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=