The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 37 dan, terutamanya, teres padi yang luas, yang telah menjadi bahagian penting dalam amalan pertanian di pulau itu selama berabad- abad lamanya. Sawah padi ini, terutamanya di kawasan seperti Tegalalang dan Jatiluwih, bukan sahaja mengekalkan komuniti tempatan tetapi juga telah menjadi simbol ikonik tarikan pelancongan di Bali. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat industri pelancongan telah membawa kepada cabaran dalam mengekalkan keseimbangan antara memelihara tanah pertanian dan mengembangkan infrastruktur pelancongan. Sinergi antara pertanian dan pelancongan ini memberikan peluang unik untuk mengintegrasikan sawah padi ke dalam pembangunan destinasi pelancongan di Bali, bagi memastikan pertumbuhan mampan sambil mengekalkan warisan budaya dan pertanian (Komin & Sedana, 2019). Masalah utama bagi kajian kes ini adalah berkenaan tentang potensi kehilangan kawasan sawah di Bali berikutan peningkatan permintaan untuk pembangunan kawasan bagi tujuan industri pelancongan yang semakin berkembang pesat. Hal ini telah menyebabkan kedua- dua landskap pertanian dan amalan tradisional yang menjadi teras kepada identiti Bali telah terjejas. Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif telah dikenalpasti termasuklah mewujudkan tapak agro-pelancongan yang membolehkan pelancong merasai pengalaman pertanian padi tradisional, menyertai aktiviti penanaman dan penuaian, dan mempelajari tentang sistem subak. Selain itu, pelaksanaan pelancongan berasaskan komuniti juga boleh dilaksanakan dengan memperkasakan komuniti tempatan untuk menguruskan aktiviti pelancongan di kawasan sawah agar memastikan faedah diagihkan secara saksama dan amalan pertanian terpelihara pada masa yang sama. Tambahan pula, integrasi sistem penanaman sawah padi melalui sistem subak juga dapat mempromosikan warisan budaya di Bali sebagai salah satu tarikan pelancongan budaya di Bali. Kajian Kes 2 - Kontroversi Pembangunan Hotel di Tebing Bali: Cabaran Antara Pembangunan Pelancongan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Pulau Bali telah menarik ramai pelancong dalam dan luar negara dengan kecantikan alam semula jadi termasuklah kawasan tebing pantai dan laut yang menakjubkan. Walaubagaimanapun, pembinaan hotel-hotel mewah terutamanya di kawasan tebing di sekitar pulau Bali telah mencetuskan pelbagai masalah. Pembangunan infrastruktur industri pelancongan ini dilihat telah mengancam alam sekitar dengan risiko tebing runtuh dan kehilangan biodiversiti, di samping meningkatkan kos untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar (Arienata et al., 2024). Justeru, pembangunan mampan dan lestari dilihat mampu untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan pada masa yang sama untuk memberikan perlindungan alam sekitar. Dalam situasi ini, ianya memberikan kesan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=