The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 36 lalu lintas (Verheijen & Darma Putra, 2020). Mendepani cabaran ESG terutamanya dalam sektor pelancongan di Bali, penggabungan di antara kelestarian pelancongan dengan ESG dilihat semakin penting untuk perniagaan. Penyelidikan terkini oleh Habib dan Mourad (2023) seperti contohnya telah membuktikan bahawa terdapat hubungan di antara amalan ketelusan pendedahan ESG yang tinggi akan memberi kesan terhadap prestasi kewangan yang lebih baik. Dalam hal ini, perniagaan yang mengutamakan perniagaan berasaskan pelancongan yang lestari bukan sahaja sejajar dengan piawaian etika, bahkan juga turut mengurangkan risiko reputasi dan membina kepercayaan pihak berkepentingan (Westerlaken, 2023). Dalam kata lain, kelestarian pelancongan bertujuan untuk meminimumkan impak alam sekitar, menggalakkan integriti budaya, dan memastikan faedah ekonomi untuk masyarakat tempatan (Widayanthi & Hardina, 2024). Perbincangan Kajian Kes Kajian Kes 1 - Sinergi Pertanian dan Pelancongan: Mengintegrasikan Sawah Padi dalam Pembangunan Destinasi Pelancongan Bali Pulau Bali terkenal dengan warisan budaya yang kaya, landskap yang menakjubkan, mula berkembang dan popular sejak tahun 1920- an. Walaupun Indonesia mempunyai ribuan pulau, keindahan dan kecantikan pulau Bali menyebabkan ianya menjadi tarikan pelancong dan secara tidak langsung mengembangkan industri pelancongan di Bali. Perkembangan industri pelancongan di Bali ini sedikit sebanyak telah menjadi cabaran termasuklah dalam memastikan kelestarian terutamanya dari sudut alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selain daripada kemampanan dan pembangunan budaya (Budarma & Suarta, 2017). Secara umumnya, pembangunan industri pelancongan di peringkat antarabangsa termasuklah di Bali, Indonesia telah berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia terutamanya selepas separuh kedua abad ke-20. Bagi Bali, antara perkara utama yang menjadi aset tarikan pelancong adalah landskap alam semula jadi Bali, budaya dan gaya hidup masyarakat Bali. Dalam hal ini, kelebihan aset tarikan pelancoong yang terdapat di Bali ini menjadi faktor penentu terutamanya bagi kelestarian industri pelancongan dan seterusnya menyumbang kepada nilai ekonomi di Bali secara keseluruhannya (Rosi & Arianto, 2024). Di sebalik perkembangan pesat industri pelancongan di Bali, terdapat kebimbangan yang wujud kesan perkembangan industri pelancongan yang memberi kesan termasuklah dari sudut ESG. Antara yang menjadi punca termasuklah kebanjiran pelancong ke pulau Bali melebihi kapasiti sedia ada, kemusnahan struktur tanah dan landskap di sekitar pulau Bali dalam pembinaan fasiliti pelancongan serta isu berkaitan pengurusan sisa buangan dan pencemaran disebabkan oleh kesesakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=