The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 35 Pengenalan Baru-baru ini mahasiswa Sarjana Muda Pentadbiran Korporat Tahun 4, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi 2023- 2024 telah menyertai satu program “Summer Course: Equilibrium International Talk 2024” anjuran Fakultas Ekonomi dan Bisnes, Universiti Udayana di bawah program Global Islamic Student Outreach (GISO). Program ini telah disertai oleh 20 orang mahasiswa FEM (10 lelaki dan 10 perempuan) dan berlangsung pada 3 September 2024 di Universiti Udayana, Bali, Indonesia. Penyertaan program Mahasiswa FEMBerkongsi Kepakaran dalamMenjayakan Agenda ESG di Bali, Indonesia ini adalah bertepatan dengan tema penganjuran program GISO Bali 2024 pada kali ini iaitu “Traversing Bali, Indonesia Through Environment, Social and Governance (ESG)”. Selain mahasiswa program GISO Bali FEM 2024, program summer course ini turut disertai oleh mahasiswa antarabangsa yang menyambung pelajaran di Universiti Udayana. Sekitar 40 orang mahasiswa telah terlibat secara keseluruhannya. Program summer course ini telah melibatkan dua syarahan berkaitan ESG di Bali di samping pembentangan lima kajian kes oleh mahasiswa berkaitan isu berkaitan ESG di Bali. Antara isu yang dibahaskan termasuklah sinergi pertanian dan industri pelancongan, runtuhan tebing kesan pembangunan infrastruktur pelancongan terutamanya pembinaan hotel, pengurusan sisa-sisa akuatik dan makanan serta keberkesanan pengangkutan awam dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di pulau Bali. ESG dalam Industri Pelancongan di Bali, Indonesia Tidak dapat dinafikan bahawa sektor pelancongan di Bali di Indonesia telah Dr. Muhammad Iqmal HishamKamaruddin Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=