The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 29 Aktiviti Pelajar Ijazah SarjanaMuda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) 2021 - 2024 Perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh fakulti dalambentuk fasiliti, kewangan, internet dan pendedahan bersama pihak alumni dan industri membantu program SMPPK dalammelaksanakan aktiviti/ program yang dirancang. Ketua program dan pensyarah SMPPK merupakan Penasihat/Penyelaras kepada kesemua aktiviti/program 2021 ◊ Ceramah Industri - Bank Islam, Agro Bank, Maybank Islamic, CiMB Islamic, Amanah Saham Nasional Berhad dan lain-lain. ◊ SMPPK Week - diadakan setiap tahun dan melibatkan aktiviti akademik dan bukan akademik seperti pertandingan TikTok estetik video, larian maya, SMPPK Got Talent dan lain-lain. ◊ Sesi perkongsiaan bersama MFPC - dilaksanakan pada setiap tahun dan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pemahaman kepada pelajar tentang fungsi MFPC dan pengecualian modul Shariah-RFP. ◊ MoU bersama Yayasan AmanahRaya (YAR). Dermasiswa ini diberikan kepada 3 orang pelajar tahun 1 dikalangan asnaf sehingga tamat pengajian. ◊ Sesi perkongsian bersama Alumni - diadakan pada setiap tahun kepada pelajar tahun akhir yang bersedia ke latihan industri. 2022 ◊ Ceramah Industri - Takaful Malaysia, AiA takaful, Great Eastern, As-Salihin. ◊ SMPPK Week – di tambahbaik dengan melaksanakan konferen anjuran program SMPPK Mini Conference Marketing dan Marketing Meet Up anjuran program pemasaran yang melibatkan pembentangan penyelidikan pelajar bagi kursus Penyelidikan Pemasaran 1 & 2 (MCA4023 & MCA4033). Peserta terdiri dari pelajar pemasaran, pelajar dari program FEM yang lain dan juga pelajar antarabangsa seperti Indonesia dan Thailand. ◊ e-Tournament anjuran MFPC - Muhammad Mursyid dan Muhamad Fawwas mewakili pelajar menyertai pertandingan ini dan merangkul juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,250. Dengan mengalahkan lagi 23 IPTA yang lain. ◊ Makan Malam SMPPK yang bertema Tuxedo & Dress. Sesi suai kenal dan menjalinkan hubungan ukhwah di antara pelajar dari berbeza tahun. ◊ Lawatan industri - Transcosmos Sdn Bhd dan Sugarbomb Sdn Bhd yang ditindik pada kursus yang ditawarkan pada semester tersebut. anjuran pelajar SMPPK dan mereka bertanggungjawab membimbing dalam pelaksanaan aktiviti tersebut bagi mencapai misi dan matlamat setiap aktiviti. Disamping itu, pelajar sentiasa digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan kurikulum, proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam usaha penglibatan pelajar, pelbagai aktiviti/program yang dilaksanakan juga ditindikkan pada kursus- kursus yang ditawarkan di dalam struktur program seperti konferen Antarabangsa Pemasaran anjuran program, lawatan industri, ceramah industri dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan kerjasama dan penyertaan pelajar. Dr Azreen Jihan CheMohd Hashim,Dr. Wan Nur Fazni WanMohamad Nazarie, Dr. AmalinaMursidi, AdlinMasood, Dr. Mohammad Noorizzuddin Nooh Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=