The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 28 era perdagangan bebas. Di samping itu, inisiatif ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia melaui ADAI dan USIM untuk kerjasama akademik dan bukan akademik di masa hadapan. Pertandingan ini melibatkan peringkat penilaian yang bermula dengan pemilihan dan sesi latihan pelan perniagaan secara atas talian sebagai bimbingan untuk menghasilkan pelan perniagaan yang kompetitif, berasaskan inovasi, dan kukuh daripada pelbagai bidang seperti pengurusan, pemasaran, operasi mahupun kewangan. Ianya diakhiri dengan pertandingan akhir oleh finalis yang dipilih untuk membentangkan secara fizikal di FEM, USIM pada 25 Julai 2024. Pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat positif dan mengalakkan daripada ADAI dan wakil-wakil daripada universiti- universiti seluruh Indonesia. Seramai hampir lapan puluh orang yang terdiri daripada pensyarah-penyarah, juri-juri yang dilantik dan para pelajar daripada Indonesia, Brunei dan Malaysia telah hadir ke FEM, USIM bagi pertandingan akhir pelan perniagaan ini. Pembukaan majlis bermula dengan Puan Siti Nurulhuda Nordin, pensyarah di FEM sebagai pengacara majlis memperkenalkan FEM dan USIM, dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FEM iaitu Prof. Madya Dr. Muhamad Azrin Nazri serta aluan balas oleh Pengerusi ADAI iaitu Dr. Arfan Ikhsan. Majlis kemudian diserikan dengan Tari Persembahan oleh wakil Universitas Islam Alauddin, Makassar. Manakala, sesi penutup diakhiri dengan pengumuman pemenang dan ucapan penghargaan serta pertukaran cenderamata oleh Dekan FEM, Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi dan Pengerusi ADAI, Dr. Arfan Ikhsan serta daripada wakil-wakil daripada universiti-universiti di Indonesia. Di FEM, penyelaras program pertandingan, Dr. Intan Fatimah Anwar dengan bantuan pegawai, Encik Lukhman Syafiq Mohd Jamil bersama-sama pensyarah pembimbing iaitu Dr. Suhaida Herni Suffarruddin dan Dr. Wan A’tirah Mahyudin memainkan peranan dalam memastikan persiapan pelajar yang dipilih dan majlis berjalan lancar. Pelajar- pelajar daripada FEM yang menyertai pertandingan iaitu Muhammad Fayyadh Zulkarnain dan Muhammad Qayyum Sulaiman, masing-masing memenangi anugerah Juara Harapan ke-dua dan ke- tiga. Manakala, Muhammad Hafiz Haikal Mohd Johar memenangi Strategi Jualan Terbaik. Pertandingan 1st International Business Plan Competition ini diharapkanmenjadi platform terbaik untuk mendidik dan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran keusahawanan yang diperlukan dalam dunia perniagaan moden. Para pelajar yang menyertai dijangka menjadi inspirasi kepada generasi muda ASIAN untuk terus maju sebagai usahawan global yang beretika dan berdaya tahan. FEM dan USIM melalui MoU yang akan ditandantangani bersama ADAI diharapkan akan terus menunjukkan komitmen dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan semoga hubungan strategik ini dapat menghasilkan aktiviti-aktiviti ilmu yang berimpak tinggi kepada semua pihak mahupun para pelajar, pensyarah, fakulti dan universiti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=