The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 26 menjadi sebahagian punca daripada keterbatasan ini. Kalau hendak dibandingkan dengan keadaan masjid dan surau di negara kita yang serba mewah, indah, teratur, kemas dan bersih, keadaan di Golden Mosque sepatutnya menjadikan kita seorang manusia yang lebih bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang ada. Kami juga turut menerima layanan yang sangat baik daripada pengurusan dan kakitangan Berjaya Makati Hotel. Pihak kakitangan hotel turut memberikan kerjasama yang baik ketika kami menjalankan aktiviti di sekitar hotel. Sesungguhnya, silang tradisi yang dijalankan di Manila ini membuktikan bahawa persahabatan antara dua budaya yang berbeza adalah asas kepada sebuah dunia yang lebih aman. Melalui usaha gigih mahasiswa FEM USIM, nilai-nilai kemanusiaan dan Islamdapat disampaikan dengan cara yang penuh hikmah dan memperkukuh hubungan antaramahasiswa USIM dan golongan sasaran yang terlibat di Manila, Filipina. Selain daripada itu, daya kepimpinan dan kemahiran merancang mahasiswa serta kemahiran membuat keputusan yang tepat di waktu yang singkat turut teruji sepanjang perjalanan ini. Semoga perjalanan ini menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus menyemai benih kasih sayang, persefahaman dan kemanusiaan di persada antarabangsa.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=