The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 24 iaitu memperkukuh ikatan kemanusiaan berteraskan nilai Islam dan tradisi. Dengan dipandu oleh dua figura berwibawa, Dr. Nurshamimitul Ezza Binti Ramli dan Dr. Sumaiyah Binti Abd Aziz, kami menerokai setiap inci pengalaman di lokasi ikonik seperti Rizal Park, Golden Mosque, Intramuros dan Darul Aytam. Manila dipilih bukan semata-mata kerana ia sebuah destinasi yang jarang diterokai tetapi kerana ia mewakili sebuah realiti kehidupan yang mencabar dan menyentuh hati. Dengan komuniti Muslim yang kecil, makanan halal yang sukar ditemui dan masjid yang terbatas, Manila menjadi cerminan perjuangan minoriti Muslim untuk mengekalkan identiti mereka.Dalamsetiaplangkah di bumi ini, kami meraih pengalaman berharga— belajar menghormati perbezaan, memahami makna perpaduan dan memperkukuh kesedaran bahawa Islamadalah agama yang melintasi batas budaya dan bangsa. Aktiviti sepanjang program telah kami susun dengan teliti untuk membawa harum nama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Malaysia, memahat kesan pada jiwa masyarakat tempatan dan menyampaikan sinar Islam yang syumul. Namun, Allah adalah sebaik-baik perancang dan perencana. Kedatangan kami di Manila adalah ketika mana Manila dilanda banjir, ribut Enteng dan angin kencang. Kami juga turut merasakan debaran yang tinggi bilamana kami menerima notifikasi gempa bumi yang berlaku 100km daripada Manila. Namun, objektif program GISO tetap kami teruskan walaupun terdapat perubahan besar pada perancangan kami. Setiap cabaran ini adalah pelajaran hidup yang membentuk jiwa kami menjadi lebih tabah dan peka terhadap realiti masyarakat global. Sewaktu kami mengunjungi Darul Aytam iaitu sebuah rumah anak yatim, keindahan nilai kemanusiaan terpancar di mana tangan-tangan kecil anak-anakyatimmenyambut kami dengan senyuman yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=