The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 18 sebagai juara keseluruhan . Pencapaian ini dikecapi hasil kemenangan dalam beberapa kategori: • Pingat emas : Bola Jaring dan Dam Haji Lelaki. • Pingat perak : Ping Pong, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, dan Karom Wanita. Keputusan ini membuktikan bahawa FEM tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga menunjukkan dominasi dalam arena sukan. Sokongan padu, kerjasama pasukan, dan strategi yang teratur menjadi faktor utama kejayaan Atlet Olimpik FEM. Impian dan Harapan Kejayaan karnival ini bukan sahaja memperlihatkan kehebatan warga USIM dalam sukan, tetapi jugamengukuhkan nilai persahabatan dan kerjasama. Karnival ini menjadi platform untuk ahli akademik berinteraksi di luar ruang kerja formal, sekali gus memupuk suasana kerja yang lebih positif dan produktif. Melalui penglibatan dalam aktiviti seperti ini, peserta bukan sahaja berpeluang meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mendapat peluang untuk membina jaringan sosial yang lebih erat. Dengan semangat kekitaan yang ditonjolkan, harapnya karnival ini akan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua fakulti dan pusat akademik. Dalam masa yang sama, FEM telah memberikan inspirasi kepada fakulti lain untuk meningkatkan usaha dalam memupuk budaya aktif dan kompetitif. Kejayaan FEM mencerminkan kepentingan persiapan rapi dan dedikasi tinggi dalam mencapai matlamat. Sebagai penutup, Karnival Sukan PKAUSIM 2024 telah meninggalkan impak yang mendalam kepada setiap peserta. Semoga acara ini terus menjadi simbol penyatuan, kecemerlangan, dan perpaduan dalam kalangan warga akademik Universiti Sains Islam Malaysia. Disediakan oleh: Dr. Amalina Mursidi Dr. Najwa Najib Dr. Suhaida Herni Suffarruddin Dr. Nur Aqilah Hazirah Mohd Anim Dr. Nurfhadzilahwati Rahim Nur Ammera Suhaimai Fakulti Ekonomi dan Muamalat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=