The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 17 4 September 2024 – Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM) mencipta sejarah apabila menganjurkan buat pertama kalinya Karnival Sukan PKAUSIM 2024, acara yang dirangka khusus untuk menggalakkan gaya hidup sihat danmengeratkan hubungan antara ahli akademik USIM. Acara ini berlangsung dengan meriah, melibatkan penyertaan 694 ahli akademik dari pelbagai fakulti dan gabungan pusat-pusat akademik di USIM. Tujuh jenis sukan yang dipertandingkan adalah ping pong, futsal, fun run, dam haji, carrom, bola tampar, dan bola jaring. Kesemua acara sukan ini dipilih bagi memastikan penglibatan menyeluruh dan memberikan peluang kepada setiap peserta untuk menyumbang kepada kontinjen masing-masing. Karnival dimulakan dengan acara perbarisan kontinjen di Kompleks Sukan Tunku Najihah. Setiap kontinjen membuat lintas hormat di hadapan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, dan Presiden PKAUSIM sebagai tanda penghormatan. Acara diteruskan dengan PKA Fun Run, yang mendapat sambutan hangat daripada peserta. Kejayaan acara pembukaan ini mencerminkan kesungguhan penganjur dalam memastikan kelancaran karnival. Selain mengeratkan silaturahim, karnival ini bertujuan menggalakkan budaya sukan sebagai medium untuk mencapai keseimbangan kehidupan, khususnya bagi warga akademik yang sibuk dengan tugas harian. Objektif ini selaras dengan usaha USIM untuk mewujudkan komuniti universiti yang aktif, seimbang, dan harmoni. Kejayaan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) berjaya mengungguli karnival ini dengan mengumpul 130 mata, sekali gus dinobatkan FEM Juara Keseluruhan Karnival Sukan PKAUSIM 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=