The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 16 menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam bidang profesional seperti perubatan, undang-undang, muamalat, dan pengajian Islam. Fokus kepada pembinaan sahsiah dan asas ilmu yang relevan dengan keperluan semasa. 3. Pilihan Kursus Berteraskan Islam Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah: Untuk mereka yang ingin mendalami ilmu al-Quran dan hadis. Fakulti Syariah dan Undang-Undang: Menawarkan program yang menggabungkan syariah dengan ilmu perundangan konvensional. FakultiEkonomidanMuamalat: Kursus seperti Pentadbiran Muamalat , Perbankan dan Kewangan Islam, Perakaunan, Pemasaran dan Pentadbiran Korporat yang Islamik, relevan dan memenuhi keperluan kehendak industri semasa. 4. Persekitaran Islamik Kampus moden dengan suasana yang mendukung pembelajaran dan penghayatan nilai Islam. Aktiviti ko-kurikulum yang membantumembina sahsiah dan kemahiran kepimpinan. 5. Kesempatan Berdakwah Peluang terlibat dalam programdakwahdankhidmat masyarakat di peringkat universiti, membantu menyemai semangat Khoirunnas anfauhum linnas. Mengapa USIM Jadi Pilihan Pelajar Agama? Pelajar dengan latar belakang agama, seperti lepasan KISAS, mendapati USIM sebagai platform terbaik untuk meneruskan pembelajaran mereka kerana pendekatan integrasi ilmu agama dengan ilmu profesional. USIM menawarkan kursus yang relevan dengan keperluan dunia moden, tetapi tetap berpandukan kepada prinsip syariah dan akhlak Islam. Program ini berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada para pelajar, guru, dan juga alumni. Pelbagai interaksi dan maklum balas serta cadangan dari semua. Para pelajar tingkatan 5 dan 6 menunjukkan kesungguhan dan minat untuk mengetahui banyak maklumat dan pengalaman belajar di USIM. Selain itu, Pihak guru mencadangkan agar Alumni KISAS terus melibatkan diri secara aktif dalam membantu pelajar melalui sesi motivasi dan bimbingan secara berkala. Program ini bermanfaat untuk menyemarakkan semangat pelajar dan membimbing mereka ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah. Hubungan silaturahim antara alumni dan warga KISAS terus dieratkan. Diharapkan usaha ini menjadi langkah awal dalam memperkukuh kerjasama Alumni KISAS dan pelajar demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Hasil daripada penganjuran dan pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajarberhubungandanberkomunikasi secara langsung dengan Alumni . Selain itu dapat berkongsi pengalaman serta nasihat dan amalan-amalan yang boleh dimanfaatkan bagi persiapan para pelajar menghadapi peperiksaan. Moga perkongsian informasi, maklumat dan pengalaman belajar di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan USIM membuahkan inspirasi buat mereka. Semoga USIM menjadi pilihan pertama para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading kelak. Disediakan oleh: Muhammad Farhaziq Adnan Dr. Nur Qamarina Sharom Fakulti Ekonomi dan Muamalat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=