The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 15 Pada 28 September 2024 bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang telah berlangsungnya program Explo Universiti. Program ini disasarkan khusus kepada pelajar tingkatan lima dan enam sebagai persediaan memasuki alam universiti kelak. Penglibatan perkongsian alumni bertujuan memberikan inspirasi, panduan, dan motivasi kepada pelajar dalam menghadapi cabaran akademik serta kehidupan di masa depan. Program Explo Universiti kali ini diteruskan dengan menjemput dua orang Penggerak Alumni KISAS iaitu saudara Muhammad Farhaziq Adnan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan saudara Muzzammil dari Universiti Malaya (UM). Sesi Perkongsian oleh Muhammad Farhaziq dan Muzzammil mewakili universiti masing-masing berkongsi pengalaman mereka sebagai mahasiswa. Fokus utama diberikan kepada: I. Persediaan akademik: Cara menguruskan masa dan tekanan belajar di universiti. II. Pembentukan sahsiah: Kepentingan adab dan akhlak sebagai pelajar Muslim. III. Persediaan sosial: Menyesuaikan diri dengan suasana kampus sambil mengekalkan identiti sebagai pelajar Muslim yang berprinsip. Perkongsian Ayat Al-Quran dan Hadis 1. Surah Al-An’am (6:116) Menekankan agar tidak mudah terpengaruh dengan trend masyarakat seperti couple, vape, dan konsert, yang hanya berdasarkan sangkaan dan tidak membawa manfaat. 2. Surah Ali Imran (3:104) Mengingatkan pentingnya saling menyokong antara rakan untuk mencapai kejayaan bersama. 3. Surah Ali Imran (3:103 ) Menggalakkan ukhuwah Islamiah dan bersatu dalam membina kejayaan. 4. Hadis Rasulullah SAW : Prinsip “ Khoirunnas anfauhum linnas ” “ the best people are those who aremost beneficial to others ” ditekankan sebagai panduan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Kelebihan dan Promosi Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) Peluang untuk memperkenalkan keistimewaan USIM sebagai pilihan utama bagi pelajar yang berminat dengan jurusan agama, disebabkan oleh faktor berikut: 3. USIM: Gabungan Ilmu Duniawi dan Ukhrawi, Misi USIM adalah untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berakhlak tinggi dan berpandukan nilai-nilai Islam. Integrasi ilmu Naqli dan Aqli: Semua kursus di USIM menggabungkan elemen ilmu agama (naqli) dan ilmu duniawi (aqli), menjadikannya unik sebagai institusi pendidikan tinggi Islam. 2. Program Tamhidi: Program persediaan yang Laporan Program Explo Universiti Bersama Alumni KISAS 15

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=