The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 14 Sebagai menambah kelainan dalam penganjuran siri kedua, peserta telah dijadualkan untuk mengikuti acara ‘Keretapi Sarong’, iaitu sebuah acara yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun. Namun, pada tahun ini, acara ini dilaksanakan pada 14 September 2024 bagi menghormati penganjuran sambutan Maulidurrasul. Acara ini memberi pengalaman unik kepada para peserta dalam merasai dan menyelami citra budaya bersama masyarakat Malaysia dari segenap lapisan bangsa dan etnik. Integrasi Budaya dalam Pengajaran Keretapi Sarong bukan hanya sekadar perjalanan peserta menggunakan kereta api; peserta telah mengenakan busana tradisional yang berkonsepkan pemakaian kain sarung. Aktiviti ini dirancang bukan sahaja untuk memperkenalkan peserta kepada warisan Malaysia melalui perjalanan dengan melintasi beberapa lokasi ikonik di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Malah, peserta juga akan mendapat pengalaman langsung untuk melihat ciri kepelbagaian dan kekayaan tradisi di Malaysia. Perayaan dan Pembelajaran Pengalaman Keretapi Sarong memberikan kesempatan kepada peserta untuk belajar lebih dalam tentang sejarah dan keunikan budaya Malaysia. Perjalanan ini juga disertai dengan penerangan dan cerita berkaitan budaya Malaysia dan bagaimana ia telah beradaptasi dan bertahan sepanjang zaman. Dukungan dan Kerjasama Pelaksanaan program siri kedua ini telah mendapat tajaan daripada Prasarana Malaysia Berhad dan Touch ‘n Go Sdn Bhd, yang menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan khususnya sewaktu mengikuti acara Keretapi Sarong ini. . Kesimpulan Pengalaman Keretapi Sarong dalam Edutour Camp 2024 adalah simbol dari usaha USIM dalam membawa pendidikan global dan pertukaran budaya ke tahap yang lebih tinggi. Dengan menyediakan platform yang membolehkan pelajar menerokai dan memahami kekayaan budaya Malaysia, USIM berharap untuk mendorong lebih banyak pemahaman dan apresiasi terhadap kepelbagaian global yang dapat membentuk pemimpin masa depan yang lebih inklusif. Disediakan oleh: Lukhman Syafiq Mohd Jamil Fakulti Ekonomi dan Muamalat Pengalaman Keretapi Sarong dalam Edutour Camp 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=