The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 13 Edutour Camp 2024: Percubaan Bawa Dunia ke Malaysia Dalam usaha meneroka dan memperluas cakerawala pendidikan global, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan program Edutour Camp 2024, sebuah inisiatif yang bertujuan membawa dunia ke Malaysia melalui program mobiliti inbound . Program ini, dilaksanakan dalam dua siri berbeza, bertujuan untuk menyatukan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya dan akademik dalam satu platform pembelajaran dan pertukaran budaya yang unik. Pengalaman Pelajar Siri pertama program ini, yang berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos, telah melibatkan pelajar dari Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Universitas Muhammadiyah Gombong, Perbanas Institute, dan Universitas Muhammadiyah Riau. Mereka dibawa melalui serangkaian aktiviti yang dirancang untuk memperkenalkan mereka kepada aspek-aspek penting dari perbankan dan kewangan Islam, yang merupakan salah satu keunggulan Malaysia di mata dunia. Malah, pada siri pertama ini, peserta berpeluang mengikuti program khidmat masyarakat di SK Yamtuan Lenggang, Kuala Pilah. Siri kedua, yang dijadualkan pelaksanaannya dari 12 hingga 18 September, melibatkan penyertaan seramai hampir 60 mahasiswa daripada Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Sutaatmadja. Fokus utama siri ini adalah pada pengalaman kebudayaan, di mana peserta diberi kesempatan untuk menyelami kekayaan budaya Malaysia melalui program kebudayaan “Keretapi Sarong’ dan telah memberi peluang untuk berinteraksi langsung dengan masyarakat setempat. Tujuan dan Matlamat Edutour Camp Edutour Camp 2024 dirancang dengan tujuan utama untuk mengintegrasikan pelajar antarabangsa ke dalam kekayaan sosial dan akademik Malaysia. Program ini tidak hanya bertujuan untuk memberi pengalaman akademik tetapi juga menyerlahkan pemupukan hubungan yang erat antara pelajar Malaysia dan antarabangsa. Melalui interaksi dan pembelajaran bersama, program ini berusaha untuk membina pemahaman dan menghargai perbezaan budaya yang dapat memperkaya kedua- dua belah pihak. USIM sebagai Pusat Kecemerlangan Global Program ini adalah salah satu dari banyak inisiatif yang diambil oleh universiti untuk mengukuhkan posisi Malaysia sebagai hub pendidikan. Melalui usaha yang berani ini, USIM membuktikan bahawa pendidikan adalah tentang membuka pintu dan menjambatani perbezaan, membawa dunia lebih dekat ke Malaysia dan menyediakan sebuah platform di mana ilmu dan kebudayaan dapat bertemu dan berkembang bersama. Disediakan oleh: Lukhman Syafiq Mohd Jamil Fakulti Ekonomi dan Muamalat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=