The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024
FEM eNewsletter | December 2024 11 Jaringan kerjasama di antara pihakChapterAlumniFEMdengan pihak komuniti setempat terus dieratkan dengan keterlibatan Chapter dalam menjayakan Kem Bestari Solat (KBS) di Sekolah Kebangsaan Salak yang telah berjaya dilaksanakan pada 12 Oktober 2024 (Sabtu). Program ini bertujuan untuk mendidik dan membimbing pelajar dalam melaksanakan solat fardhu dengan betul serta memperkukuh pengetahuan mengenai bacaan dan perlakuan dalam solat. Kem anjuran Panitia Agama Islam dan Chapter Alumni FEM ini disertai oleh semua murid Tahun 4, 5, dan 6 yang beragama Islam. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta pada 7.30 pagi, diikuti dengan taklimat ringkas mengenai disiplin dan aktiviti. Beberapa sesi teori seperti masbuq, muafiq, dan solat berjemaah telah diadakan, yang dipimpin oleh seramai 20 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa/wi Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Aktiviti praktikal juga disertakan, termasuk solat sunat Dhuha berjemah dan sesi latihan dalam kumpulan (LDK) mengenai bacaan dalam solat. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid terbaik dan cenderahati kepada semua peserta dan barisan fasilitator. Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian mereka sepanjang kem berlangsung. Chapter Alumni FEM Teruskan Kolaborasi Bersama SK Salak Kem ini telah mencapai matlamatnya dalam mendidik murid tentang solat dan memberi mereka pengalaman berharga. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan generasi akan datang memiliki pemahaman yang mendalam mengenai ibadah solat. Selain itu, program ini telah memberi ruang kepada mahasis/wi USIM untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran insaniah yang diperolehi dalam kampus. Dengan penganjuran dan jalingan kerjasama sebegini diharap dapat meletakkan USIM, khususnya FEM lebih dekat di hati masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Disediakan oleh: Dr. Junaidah Abu Seman Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=