The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 9 Pada 8 Jun 2024 (Sabtu) telah berlangsung buat julung kalinya Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Salak yang diadakan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM. Program ini merupakan anjuran bersama pihak sekolah di bawah Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling (BKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Salak dengan kerjasama Chapter Alumni FEM, USIM. Program kerjasama ini merupakan salah satu usaha pihak Chapter Alumni FEM untuk menterjemahkan keterlibatan Chapter Alumni dalam aspek libatsama masyarakat & pemindahan ilmu melalui alumni FEM yang berkhidmat di institusi awam dan juga swasta. Usaha sama ini dijayakan melalui inisiatif Puan Nor Diana binti Amiruddin, guru di SK Salak, yang merupakan graduan FEM tahun 2007. Kem kepimpinan ini dihadiri oleh seramai 208 orang pimpinan pelajar sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Di dalam program ini, Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh telah menyampaikan sesi ceramah kepimpinan dan turut diselit sesi taklimat kemasukan ke FEM oleh Dr. Najwa Mohd Najib. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dr. Mohd Shukor Harun, Pengerusi Persatuan Alumni USIM. Majlis juga diserikan dengan penyampaian Sijil Jalinan dan Jaringan di antara pihak sekolah dan Chapter Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Salak Eratkan Jalingan Fakulti Dengan Komuniti Setempat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=