The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

FEM eNewsletter | Dec 2023 8 Chapter Alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM telah menganjurkan majlis bacaan Yaasin secara berkala di sepanjang tahun 2023. Majlis ini telah berlangsung sebanyak tiga kali iaitu pada 1 Mac, 28 September dan 1 Disember. Aktiviti ini diadakan bagi menanamkan semangat kerohanian dan kebersamaan di kalangan ahli alumni FEM. Selain bacaan Yaasin, diselitkan juga aktiviti-aktiviti lain di dalam majlis ringkas ini iaitu bacaan tahlil, tazkirah ringkas dan bacaan hajat. Kira-kira 25 orang ahli alumni telah hadir memeriahkan majlis ini. Mereka terdiri daripada pelbagai batch dan program berlainan di FEM. Jemputan ke majlis ini turut dipanjangkan kepada staf FEM keseluruhannya. Berdasarkan maklum balas, aktiviti ini dilihat mampu mengeratkan silaturrahim sesama alumni. Ia juga memberi kesan positif dari segi kebajikan dan kerohanian. Majlis Bacaan Yaasin Eratkan Silaturrahim Alumni FEM Secara keseluruhannya, aktiviti bacaanYasin iniberjayamencapai objektif untuk mengeratkan silaturrahim serta menanamkan semangat kerohanian di kalangan alumni FEM. Program ini akan terus dijalankan pada masa akan datang sebagai salah satu platform menghubungkan alumni FEM yang berada di seluruh Malaysia. Disediakan oleh: Dr. Junaidah Abu Seman Penyelaras Jawatankuasa Alumni FEM International Learning Program (ILP) yang dianjurkan oleh STIE Malangkucecwara, Indonesia dengan kerjasama Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) dan Institute of Science, Innovation and Culture Rajamanggala University of Technology Krungthep, Thailand (UTK ISIC) telah diadakan pada 10 Disember 2023 hingga 22 Disember 2023 di Malang, Indonesia. Penglibatan pihak USIM dalam program ini telah diwakili oleh tiga orang pelajar tahun akhir dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), iaitu Ibnu Syihab, Nur Hazwani dan Nurul Balqis. Program bermula dengan majlis perasmian, sesi suai kenal dan ramah mesra bersama para pelajar dari UTK ISIC dan STIE Malangkucecwara. Diteruskan program ILP yang b e r l a n g s u n g se l ama dua belas hari di mana para pelajar dari USIM berpeluang merasai pengalaman menghadiri kuliah-kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak STIE Malangkucecwara. Pelajar- pelajar USIM bergiat aktif dalam setiap sesi kuliah yang ditetapkan dengan mengikuti perbincangan, melontarkan pendapat, bertanya soalan dan juga berkongsi tentang pengalaman bersama para pensyarah dan pelajar STIE Malangkucecwara. Kuliah yang dihadiri oleh pelajar USIM dalam program ILP ini merangkumi kepelbagaian dalam aspek pengajian perniagaan, bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Melalui kepelbagaian ini, para pelajar dapat menimba pelbagai ilmu bukan sahaja akademik, tetapi mempelajari budaya Indonesia. Selain itu, para pelajar mendapat pengalaman dengan menjalankan aktiviti luar yang menarik antaranya, lawatan ke Bandar Batu, aktiviti mencanting batik, lawatan ke kilang pemprosesan kerepek, lawatan ke muzium dan menyertai aktiviti khidmat International Learning Program (ILP) 2023 di Malang, Indonesia masyarakat. Melalui kepelbagaian aktiviti yang diadakan oleh pihak STIE Malangkucecwara, para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperkayakan tentang kefahamanmengenaimasyarakat dan budaya Indonesia. Di samping itu dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan dan kepimpinan dalam diri masing-masing. Justeru itu, penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak STIE Malangkucecwara, terutama Dr. Dwi Nita Aryani kerana telah membantu segala pengurusan para pelajar USIM sepanjang program ILP ini berlangsung. Laporan disediakan oleh: Nurul Balqis Mohd Jais Nur Hazwani Mohd Hatta Ibnu Syihab Ibnu Muez Pelajar Tahun Tiga Dr. Nur Qamarina Sharom Ketua Program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=