The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

FEM eNewsletter | Dec 2023 72 dan organisasi. HRDF merupakan salah sebuah Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menjadi pemangkin dalam memacu pengembangan tenaga kerja negara masa kini dan pada masa hadapan. Ia sejajar dengan usaha negara untuk mencapai tahap ekonomi yang maju dan berpendapatan tinggi. Kerjasama pintar antara USIM dan HRDF sebagai salah satu rakan industri dapat membantu meningkatkan kualiti graduan yang memenuhi keperluan industri dan guna tenaga negara. Kolaborasi yang telah dipersetujui antara rakan industri merupakan hala tuju strategik meliputi bidang utama melibatkan kemahiran soft skill yang bakal memberikan impak keuntungan jangka panjang terutamanya dalam membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan serta kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan di peringkat industri melibatkan graduan di USIM. Sinergi Kepada Hala Tuju Pelajar Perkongsian simbiotik antara USIM dan HRDF telah berjaya melahirkan 50 graduan yang mempunyai sijil professional sebagai Jurulatih Profesional yang diperakui atau di akreditasi oleh HRD Corp melalui program Train-The-Trainer (TTT) Certification Program. Program ini menghasilkan kumpulan profesional jurulatihdalamkalangangraduan yang kompeten dan mahir. Hasilnya, kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan melalui kemahiran ‘soft skill’ sebagai perunding (konsultan)/jurulatih/ fasilitator/penceramah yang profesional dan diiktiraf oleh pengamal industri di sektor awam dan swasta. Program ini memberi peluang kepada graduan untuk menjana pendapatan jika terlibat secara langsung atau sepenuh masa dan secara sambilan. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh akan menjadi nilai tambah dalam usaha graduan mencari ruang membina karier masing-masing di samping terlibat dalam ekosistem yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat. Program Train-The-Trainer (TTT) Certification Program ini melayakkan graduan memohon pekerjaan di syarikat perundingan yang berdaftar dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp). Menurut statistik, sehingga 31 Disember 2020, terdapat 6,333 syarikat perundingan yang berdaftar dengan HRD Corp (Laporan Tahunan HRD Corp 2020) yang berpotensi untuk menawarkan ruang pekerjaan yang bersesuaian dengan sijil professional yang diperoleh. Di samping itu, Dengan memiliki sijil professional ini graduan berpotensi membuka syarikat perundingan sendiri dan memberikan perkhidmatan perundingan kepada syarikat- syarikat yang mencarum di HRD Corp. Berdasarkan Laporan Tahunan HRD Corp pada tahun 2020, sebanyak 33,300 majikan di seluruh Malaysia telah mencarum di HRD Corp. Kini, graduan harus peka bahawa majikan bukan hanya mencari kemahiran teknikal semata-mata tetapi turut mencari kualiti lainmelebihi kelayakan akademik. Justeru, graduan perlu mencari kaedah baharu seperti sesuatu yang memberi nilai tambah untuk bersaing sesama sendiri. Antara inisiatif boleh dilakukan ialah dengan mengambil sijil profesional ditawarkan IPT atau pihak luar. Graduan Perlu Kreatif Cipta Peluang Usahagraduanuntukmemperolehsijil kemahiran dan professional yang ditawarkan melalui program Train-The-Trainer (TTT) Certification Program. merupakan persediaan tambahan sebelumberkecimpungdalambidangpekerjaan. Para graduan perlu bersiap siagamelengkapkan diri dengan kemahiran insaniah tertentu seperti kemahiran pengurusan masa dan organisasi, kemahiran komunikasi lisan dan bertulis serta keupayaan bekerja dalam pasukan dengan baik untuk kekal relevan dalam arena pekerjaan semasa. Perkembangan dunia digital memberi ruang kepada graduan untuk mencipta peluang secara kreatif dan inovatif. Perlu diingatkan bahawa peluang pekerjaan untuk graduan tidak bergantung kepada universiti semata-mata sebaliknya turut bersandar kepada beberapa faktor lain yang menuntut usaha dan komitmen berterusan. Kelayakan akademik semata-mata sudah tidak menjamin kebolehpasaran graduan disebabkan saban tahun kualiti golongan itu terus meningkat. Malahan, majikan pula lebih bersifat selektif dalam memilih graduan untuk berkhidmat dengan mereka dan jika graduan hanya berharap pada kelayakan akademik semata-mata kemungkinan akan berdepan kesukaran memperoleh pekerjaan. Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pensyarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi umihamidaton@usim.edu.my Dr. HanimMisbah Pensyarah Kanan Pemasaran Perkhidmatan Kewangan Islam hanim@usim.edu.my Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Zumrah Profesor Madya Pembangunan Sumber Manusia rahim@usim.edu.my Dr. Kalsom Ali Pensyarah Kanan Pembangunan Sumber Manusia kalsom@usim.edu.my

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=