The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

71 FEM eNewsletter | Dec 2023 Berdepan dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu tambahan lagi semasa pasca pandemik dilihat telah menyumbang kepada kegusaran dan kesukaran graduan untuk mendapat tempat dalam bidang pekerjaan yang diinginkan dan bersesuaian dengan bidang pengajian. Tidak dinafikan kini ramai graduan terjejas teruk dan terkesan untuk mencari jalan demi sesuap nasi malahan terpaksa bersaing di antara satu sama lain. Cabaran dan ketidakpastianmasa kini menuntut merekamemikir semula, memulih danmembuat penambahbaikan berterusan dalam usaha mencipta peluang dalam dunia pekerjaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Justeru, isu melibatkan graduan tidak wajar dipandang ringan memandangkan ia melibatkan masa depan dan hala tuju pembangunanmodal insan negara. Memandangkan saingan dalam dunia pekerjaan semakin sengit, institut pendidikan tinggi (IPT) disaran menyediakan kursus yang menawarkan sijil profesional bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Salah satu usaha di peringkat pelaksana, pihak kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil langkah proaktif melalui kerjasama dengan rakan industri serta institusi pengajian tinggi dalam negara menawarkan dan menyediakan pelbagai program pensijilan professional. Ia melibatkan pemberian dana untuk melaksanakan program pensijilan professional kepada graduan yang berminat dan memfokuskan kepada pelbagai aspek latihan dan perantisan bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan bersesuaian dengan kehendak majikan dan pasaran pekerjaan. Usaha ini disokong penuh oleh ahli akademik dan rakan industri sebagai kumpulan pelaksana untuk mengawal selia, mengatur, merancang dan melaksanakan sesi pensijilan professional bersesuaian dengan bidang tujahan masing- masing. Justeru, graduan boleh menyertai program- programkebolehpasaranyangberstrukturdalam jangka masa pendek dan sederhana panjang. Misalnya, program berunsurkan pembangunan sumber manusia yang direncanakan dan dilaksanakan di peringkat universiti akan memberi pelbagai impak dan manfaat kepada graduan. Geran Pensijilan Profesional yang dianugerahkan kepada oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) KPT-PACE telah memberi ruang kepada ahli akademik membina jaringan kolaborasi dengan rakan industri bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui perlaksanaan program pensijilan professional. Kursus pensijilan professional memberi nilai tambah kepada graduan untuk meningkatkan nilai resume dengan menyatakan kelebihan objektif kelayakan setelah memperoleh sijil. Semakin tinggi tahap pengkhususan, semakin baik peluang mencari pekerjaan sesuai dengan profil profesional graduan. Membina Jaringan Kolaborasi dengan Rakan Industri Selain itu, melalui geran pensijilan yang ditawarkan jaringan kerjasama melibatkan pihak universiti dan warganya, rakan industri dalam kalangan organisasi tempatan, kebangsaan, dan antarabangsa amat dialu-alukan. Ia bertujuan untuk mencipta pengalaman transformatif, mendorong penerokaan bidang kritikal, membina hubungan baru dalam menerajui multidisiplin dan ilmu akan menjadi nilai tambah kepada graduan yang terlibat. Bagi memenuhi tujuan berikut, USIM sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam usaha membangunkan bakat dan tenaga kerja tersedia masa depan. Sejajar dengan tujuan utama untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, ahli akademik di USIM bekerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) menawarkan program pensijilan professional Train-The-Trainer (TTT) Certification Program bertujuan melatih dan meningkatkan kemahiran graduan sesuai dengan keperluan majikan Impak Penganjuran ProgramPensijilan Professional Train-The-Trainer (TTT) Certification kepada Graduan USIM Penulis: Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, HanimMisbah, Abdul Rahim Zumrah dan Kalsom Ali Universiti Sains Islam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=