The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
FEM eNewsletter | Dec 2023 6 Graduate School of Muamalat (GSM) telah menyertai Karnival Kerjaya USIM x FutureJobs Negeri Sembilan 2023 yang berlangsung pada 4-5 November di Dewan Tuanku Canselor, USIM pada tahun ini. Objektif penyertaan GSM adalah untuk mempromosikan program pasca siswazah yang ditawarkan iaitu program Sarjana dan Doktor Falsafah serta membuka peluang kepada bakal graduan pra-siswazah yang sedang mencari peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana. Reruai akademik termasuk GSM telah ditempatkan di kawasan strategik berdekatan pintu utama untuk mendapatkan perhatian pelawat. Di booth tersebut, bahan promosi seperti risalah dan poster mengenai penawaran program, kemudahan dan kakitangan telah diedarkan. Penyelaras Program Sarjana Perakaunan dan Audit Syariah, Dr. Norhazlina Ibrahim serta Penyelaras Program Sarjana Perbankan Islam dan Sarjana Kewangan Islam, Dr. Junaidah Abu Seman turut hadir untuk menjelaskan maklumat lanjut dan menjawab pertanyaan. Reruai akademik mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ramai pelawat berkunjung termasuklah pelajar dan graduan USIM serta institusi pengajian tinggi lain. Dari segi impak promosi, kehadiran GSM dalam karnival tahun ini telah berjaya memperkenalkan program pasca siswazah sedia ada kepada lebih ramai pelajar yang berpotensi. Ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan minat calon siswazah terhadap penawaran program akademik di GSM. Disediakan oleh: Dr. Junaidah Abu Seman Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pn. Amira Asyikin Razali Promosi Program Pasca Siswazah, Graduate School of Muamalat (GSM), USIM Pada 5 Julai 2023 bertempat di Kuala Lumpur seramai 45 pelajar program Pemasaran (Perkhidmatan & Kewangan) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melawat Transcosmos Malaysia di Menara Shell, Kuala Lumpur. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi kefahaman langsung kepada pelajar tentang dunia industri khususnya dalam aspek penyumberan luar proses perniagaan (Business Process Outsourcing) dan pengurusan perhubungan pelanggan. Secara keseluruhannya, lawatan industri ke Transcosmos Malaysia telah memberi pendedahan yang berharga kepada pelajar dari program Pemasaran (Perkhidmatan & Kewangan) di Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui lawatan ini, pelajar berpeluang mengenal pasti operasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini di pelbagai jabatan, antaranya Information Technology Outsourcing (ITO), Call Center Service, Global E-Commerce One Stop, Global Services dan ASEAN Market Services. Mereka juga diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan kakitangan dan ketua jabatan bagi mendapatkan maklumat dan nasihat berharga sekaligus membantu dalam perjalanan kerjayamereka. Bukan sahaja dari sudut teknikal atau profesional, lawatan itu juga membuka mata pelajar tentang kepentingan mempelajari lebih daripada dua bahasa dan memahami cara syarikat multinasional beroperasi. Berdasarkan penilaian hasil lawatan, program lawatan secara keseluruhannya boleh dianggap bermanfaat dari segi pendedahan, pembelajaran dan pengalaman. Pendedahan, pembelajaran dan pengalaman yang boleh dijana dan diperolehi adalah dalam bentuk pemerhatian dengan melihat sendiri bagaimana proses perkhidmatan pelanggan yang selama ini hanya menjadi latar belakang sesebuah syarikat. Selain itu, lawatan singkat tersebut amat bermanfaat kepada pelajar kerana dapat melihat suasana sebenar industri pekerjaan dan pelajar juga mendapat sijil penghargaan daripada Transcosmos Malaysia. Disediakan oleh: Dr. Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Lawatan Industri ke Transcosmos FEM Newsletter | June 2023 6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=