The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
49 FEM eNewsletter | Dec 2023 membolehkan kerajaan selaku pentadbir merancang program dan projek yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan terkini. Perancangan yang direncanakan demi kebaikan rakyat serta pembangunan kemajuan negara. Misalnya, Belanjawan 2024 mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI memfokuskan kepada meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama. Ia melibatkan kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi Madani melibatkan tiga teras tumpuan utama iaitu Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat. Umumnya, belanjawan negara membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan pengurusan penggunaan dana awan untuk membiayai pelbagai projek melibatkan infrastruktur dan prasarana baru dan menambah baik yang sedia ada. Ia secara tidak langsung akan membuka ruang pekerjaan baru kepada masyarakat sekali gus membantu menaik taraf hidup mereka. Sebagai sebuah negara perdagangan yang sedang membangun, Belanjawan 2024 bersifat mesra pertumbuhan, mesra perniagaan dan mesra rakyat. Ia sejajar dengan usaha untuk mengiktiraf Malaysia sebagai paksi ekonomi dalam rantau ini sebelum tahun 2030. Daripada pembentangan belanjawan, kerajaan juga akan memperuntukkan dana bagi tujuan penyediaan kemudahan asas kepada rakyat melibatkan perumahan, pendidikan, kesihatan, penyelidikan dan lain-lain untuk meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat. Pembentangan belanjawan yang jelas dan telus dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada kerajaan dan memperlihatkan bahawa kerajaan mempunyai inisiatif dalammemajukan kesejahteraan serta membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan serta yang memerlukan bantuan khusus seperti kumpulan B40. Pelbagai program dan bantuan yang disediakan melalui bajet belanjawan juga mempunyai peranan besar dalam usaha kerajaan mengurangkan jurang sosial antara kumpulan masyarakat yang berbeza. Sesi pembentangan belanjawan saban tahun ditunggu-tunggu oleh masyarakat kerana ia memberikan gambaran umum mengenai hala tuju dasar dan perbelanjaan kerajaan dalam jangka masa yang akan datang. Belanjawan perlu realistik, bukan retorik Secara asasnya setiap perancangan yang dibentangkan dalam belanjawan haruslah spesifik, pragmatik dan realistik untuk dicapai dalam waktu tertentu mengikut kepada kapasiti fiskal semasa sesebuah negara agar naratif peranan sebenar kerajaan dapat mengangkat darjat ekonomi, sosial masyarakat dan negara. Belanjawan 2024 bersifat menyeluruh dan inklusif dengan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, pro rakyat dan belanjawan secara berhemat dalam usaha kerajaan mencari keseimbangan antara mengukuhkan kembali kestabilan fiskal dan mempromosi pembangunan ekonomi. Belanjawan 2024 disifatkan sebagai belanjawan terbesar dan banyak komitmen tertumpu untuk membantu golongan rentan, namun tidak dinafikan terdapat kekurangan fokus dalam bidang tertentu terutama melibatkan inisiatif mengurangkan kos sara hidup bagi jangka masa panjang selain kenaikan cukai perkhidmatan dijangka akan meningkatkan kos sara hidup. Tidak dapat dinafikan belanjawan pada kali ini dilihat gagal memperkasa pendapatan rakyat melibatkan pelaksanaan dasar gaji progresif. Selain itu, terdapat isumelibatkanpekerjaan dan reformasi perlindungan sosial melibatkan golongan muda, rentan dan golongan ‘miskin baharu’ yang muncul pasca pandemik tidak difokuskan secara menyeluruh dan keadaan ini agak membimbangkan. Justeru, sasaran utama kerajaan perlu jelas mengemudi negara melalui hala tuju ekonomi baharu dengan mengurangkan kos sara hidup, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan daya saing global dan menyokong iklim pelaburan kondusif. “Tepuklah dada tanya selera”. Secara asasnya setiap perancangan yang dibentangkan dalam belanjawan haruslah spesifik, pragmatik dan realistik untuk dicapai. “ “ Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pensyarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi umihamidaton@usim.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=