The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
Belanjawan 2024 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 dijangka dapat memacu usaha memulihkan keadaan semasa, rentetan cabaran dan kesan ekonomi global. Belanjawan pada kali ini bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”. Antara yang menjadi fokus dan tumpuanutama ialahmekanisme dan perancangan jangka panjang dan pendek, meningkatkan taraf hidup kumpulan rentan seperti pesawah, peniaga kecil dan golongan pendapatan rendah (B40). Manifestasi harapan rakyat amat tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat selepas berjaya menempuh pelbagai cabaran politik, ekonomi, sosial dan pembangunan pasca pandemik Covid-19. Kerangka belanjawan 2024 telah mula dibangunkan pada awal 2023 lagi dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan masyarakat dalam negara ini. Belanjawan kali ini bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat secara inklusif serta memperkasa ekonomi negara dalam pelbagai segmen. Kepentingan Belanjawan Kepada Negara Pembentangan belanjawan merujuk kepada proses di mana kerajaan mengumumkan rancangan penggunaan dana awam untuk satu tahun fiskal yang akan datang. Iamemberikan signal kepada kerajaan terhadap satu pandangan yang lebih jelas tentang keadaan ekonomi semasa negara dan Belanjawan 2024: Reformasi Ekonomi, MemperkasakanRakyat PerluRealistik BukanRetorik Penulis: Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Fakulti Ekonomi dan Muamalat & Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia FEM eNewsletter | Dec 2023 48
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=