The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

FEM eNewsletter | Dec 2023 40 Rujukan: Beaubien, J. M., & Baker, D. P. (2004). The use of simula- tion for training teamwork skills in health care: How low can you go? BMJ Quality and Safety, 13 (Suppl. 1), i51 – i56. Cook, D. A., Brydges, R., Zendejas, B., Hamstra, S. J., & Ha- tala, R. (2013). Technology-enhanced simulation to assess health professionals: a systematic review of validity evidence, research methods, and reporting quality. Academic Medicine, 88(6), 872-883. Dr. Nurshamimitul Ezza Ramli Pensyarah Kanan Kewangan dan Perbankan Islam nur.shamimitul@usim.edu.my Dr. Junaidah Abu Seman Pensyarah Kanan Kewangan dan Perbankan Islam junaidah@usim.edu.my Dr. Nur I’ffah Muhammad Nasir Pensyarah Kanan Syariah, Fiqh Muamalat, Perbankan dan Kewangan Islam nuriffahnasir@usim.edu.my “It is a good activity and should be continued.” - Muhammad Syafiq Samsul Bahri (1200892) “Role play is a good new learning approach and should be enhance in the future.” - Akram Nabil Alias, (1200835) Selain daripada itu, 97 peratus pelajar bersetuju bahawa aktiviti di dalam Lakon Peranan Simulasi Bank ini sangat relevan dan berkesan buat mereka di dalam memahami topik pembelajaran di dalam kursus Pengurusan Kredit. Perkara ini dibuktikan dengan dapatan menarik daripada maklumbalas pelajar yang dikongsi melalui borang atas talian di akhir semester seperti Gambar rajah 3. Dapatan juga menunjukkan kebanyakan pelajar (97%) melaporkan bahawa penglibatan secara langsung dalam Lakon Peranan Simulasi Bank ini memberi impak positif kepada pembelajaran mereka seperti Gambar rajah 4. Kesimpulan Secara umumnya, kita dapat melihat bagaimana kaedah pentaksiran alternatif melalui aktiviti Lakon Peranan Simulasi Bank ini mampu memberikan impak positif kepada proses pembelajaran dan penilaian pelajar. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keterlibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga membolehkan pelajar menilai kemahiran diri dan mendapat maklum balas daripada rakan sebaya. Kaedah Lakon Peranan Simulasi Bank dilihat menyamai situasi sebenar di industri perbankan dan Kewangan Islam khususnya dan memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan bermakna. Ini secara tidak langsung meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan teori yang telah dipelajari di dalam kelas melalui aktiviti pentaksiran yang telah dibangunkan pensyarah. Secara keseluruhannya, pendekatan pentaksiran alternatif ini mampu memberikan impak positif kepada proses pembelajaran dan penilaian pelajar serta memenuhi falsafah pendidikan yang menekankan aspek kognitif, tingkahlaku, dan afektif. Selain daripada itu, oleh kerana ini adalah langkah pertama di dalam pelaksanaan Lakon Peranan Simulasi Bank di FEM, sudah tentu terdapat banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada perancangan aktiviti, arahan dan rubriks penilaian, fasiliti bank mini dan sebagainya. Semoga pelaksanaan Lakon Peranan Simulasi Bank mampu memberikan manfaat yang maksima kepada pelajar dan memberikan ‘bekalan’ yang secukupnya buat mereka bagi menghadapi dunia pekerjaan yang serba mencabar usai mereka menamatkan pengajian di FEM, USIM tercinta ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=