The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

3 FEM eNewsletter | Dec 2023 Program Intervensi Kebolehcapaian Graduan Halal diiktiraf HPB JAKIM. Pada tahun 2022, MISDEC telah melahirkan lebih 200 orang Juruaudit Dalaman Halal dan Penyelia/Eksekutif Halal. Sijil bagi proram ini dikeluarkan oleh Majlis Profesional Halal (HPB), Jabatan Kemahuan Islam Malaysia (JAKIM). Impak positif daripada kolaborasi menjalankan program ini membolehkan graduan mewujudkan ruang pasaran kerja baru yang lebih luas kepada pelajar, melatih kumpulan pakar dan professional industri halal yang lebih besar di masa akan datang terutama untuk memenuhi keperluan global dari sektor produk dan perkhidmatan. Keupayaan pelajar meminda dan mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari ke kerangka kerja praktikal membantu mereka menimba pengalaman dengan rakan industri. Ia sejajar dengan matlamat negara untuk kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal yang memenuhi standard kualiti tertinggi dalam newujudkan ekosistem dan strategi terbaik di peringkat tempatan dan global. Disediakan oleh: Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pn. Adlin Masood En. Daing Muhamad Fadzil Program Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka ruang dan peluang yang luas kepada graduan tempatan bagi memperoleh pekerjaan. Para pelajar yang terlibat bukan sahaja berpeluang memperoleh sijil profesional atau kompetensi, malah mereka turut diberi penempatan pekerjaan setelah tamat menjalani latihan terutama dalam sektor halal yang pesat berkembang. Pada tahun 2030, industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada US$113.2 bilion (RM500.4 bilion) dengan sumbangan KeluaranDalamNegara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030. Justeru, penawaran program melibatkan sijil profesional dalam bidang halal relevan untuk memastikan USIM sentiasa tekal dalam menjadikan kebolehpasaran pelajar dan graduan sebagai antara fokus utama universiti. Penawaran Program Certified Halal Internal Auditing Programme (CHAP) melibatkan kerjasama USIM dan Melaka Industrial Skills Development & Entrepreneurship Center (MISDEC) pada bulan September (Kohot 1) dan Oktober (Kohot 2) melibatkan 50 pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) memberi memberi nilai tambah dalam memenuhi keperluan pasaran kerjaya dalam industri halal. Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian&KeusahawananMelaka (MISDEC) ialah Pusat Latihan Halal (PLH) yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=