The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

FEM eNewsletter | Dec 2023 38 pelajar berinteraksi secara fizikal untuk meniru kehidupan sebenar” dan di mana mereka menekankan “keperluan berinteraksi dengan objek tulen” Lakon Peranan Simulasi Bank di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM, pentaksiran berbentuk Lakon Peranan Simulasi Bank mula diperkenalkan buat pertama kali pada Semester II 2022/2023 yang lalu bagi kursus MBB4023 - Pengurusan Kredit. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Tahun 3 bagi program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (SMPM) dan Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam (SMPKI). Pentaksiran menggunakan Lakon Peranan Simulasi Bank ini juga turut ditawarkan kepada kursus MBB4013 - Prinsip Dan Amalan Perbankan Islam yang turut ditawarkan kepada pelajar yang sama. Lakon Peranan Simulasi Bank merupakan satu kaedah pentaksiran yang memerlukan para pelajar untuk melakonkan peranan sebagai pelanggan bank dan institusi bank. Kaedah pentaksiran inimenguji kefahaman pelajar tentang proses institusi bank meluluskan permohonan pembiayaan dan pengurusan kredit daripada dua perspektif yang berbeza iaitu sebagai pelanggan bank dan institusi bank. Bagi memberi pengalaman dan pendedahan yang lebih praktikal dan nyata, lakon peranan ini menggunapakai “learning space” berbentuk bank mini yang telah pentaksiran sebagai panduan dan perancangan awal. Bagi kursus MBB4023 - Pengurusan Kredit, Lakon Peranan Simulasi Bank mendedahkan pelajar akan pengetahuan berkaitan dengan pembiayaan di institusi bank, apa yang perlu dilakukan sebagai pelanggan sebelum memohon pembiayaan dan bagaimana institusi bank meluluskan sesuatu pembiayaan yang dipohon pelanggan. Pengalaman melalui Lakon Peranan Bank Simulasi ini adalah sangat bernilai kerana ia memberikan gambaran sebenar kepada pelajar apabila mereka berkerjaya dalam sektor perbankan dan kewangan khususnya sebagai Pegawai Bank. Di samping itu, pelajar juga mendapat pendedahan tentang proses permohonan pembiayaan daripada pihak bank pada masa akan datang. Sebagai contoh, pelajar mempelajari apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak bank untuk memproses permohonan pembiayaan, bentuk penilaian kredit yang dilakukan oleh institusi bank dan lain-lain. Selain daripada itu, melalui Gambar rajah 1: Struktur Pentaksiran Kursus MBB4023 Pengurusan Kredit Gambar rajah 2: Proses pelaksanaan pentaksiran alternatif Lakon Peranan Simulasi Bank

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=