The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

37 FEM eNewsletter | Dec 2023 Pengenalan Sistem pendidikan pada masa kini menjanjikan potensi yang luar biasa namun ia turut mencabar pelajar dan pendidik dengan tuntutan masa kini yang semakin kompleks. Pelbagai faktor seperti perkembangan teknologi yang pesat, cabaran global, dan tekanan akademik yang tinggi telah menjadikan sistem pendidikan pada masa kini semakin mencabar. Pelajar dan pendidik perlu beradaptasi dengan cepat kepada perubahan semasa, menangani beban tugas yang bertambah dan juga mencari alternatif bagi memastikan pembelajaran yang relevan dan berkesan. Maka, semangat berdaya saing, ketangkasan beradaptasi dan penyediaan terhadap cabaran menjadi aspek kritikal pada sistem pendidikan abad ini. ‘Bridging the Gap’: Menyatukan Teori dan Praktikal melalui Lakon Peranan Simulasi Bank Penulis: Nurshamimitul Ezza Ramli, Junaidah Abu Seman dan Nur I’ffah Muhammad Nasir Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia Bagi bidang perbankan dan kewangan Islam khususnya, Finance Accreditation Agency (FAA) melaporkan 80 peratus negara yang memiliki industri kewangan Islam mengalami masalah kekurangan bakat di pelbagai bidang, manakala 60 peratus tenaga kerja sedia ada memerlukan latihan dan bengkel pengukuhan kemahiran bagi mengekalkan kompetensi dalam industri kewangan patuh syariah ini 1 . Justeru bagi menangani masalah tersebut,satulangkahproaktifperlu diambil oleh institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berkompeten untuk bekerja di industri selepas bergraduan. Inisiatif yang boleh dilakukan oleh tenaga pengajar 1 https://www.bharian.com.my/kolum- nis/2021/04/806453/universiti-bantu-negara-real- isasi-hab-kewangan-islam-serantau di institusi pengajian tinggi adalah dengan memperkenalkan kaedah pentaksiran alternatif dan menukar cara pentaksiran tradisional seperti ujian bertulis dan penulisan laporan kepada bentuk pentaksiran yang bersifat lebih praktikal dan tidak hanya ber fokus kepada aspek teori sahaja. Pentaksiran melalui aktiviti Lakon Peranan Simulasi Bank merupakan salah satu petaksiran alternatif yang mampu memberikan pendedahan yang secukupnya kepada pelajar secara praktikal dan kreatif. Menurut Beaubien dan Baker (2004), mereka mendefinisikan simulasi sebagai alat yang menghasilkan semula ciri-ciri kehidupan sebenar sesuatu peristiwa atau situasi. Definisi yang lebih spesifik yang dicadangkan oleh Cook et al. (2013), menyatakan bahawa simulasi adalah “alat atau peranti pendidikan yang mana

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=