The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
FEM eNewsletter | Dec 2023 26 References Bank Negara Malaysia. (2023, March 29). Laporan Kewangan BNM 2022, BNM. Diambil daripada https://www.bnm.gov.my/publications/ar2022 Bank of America. (2023, February 14). How to Start a Business in 15Steps, BOA. Diambil daripadahttps:// www.bankofamerica.com/smallbusiness/ resources/post/guide-starting-a-business Abdullah, M. R. (2020). Konsep Maslahah Dan Etikanya Dalam Perniagaan Menurut Islam, Jurnal KIAS, 8(1), 56 - 75. Diambil daripada https://ejournals. kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/99 Syazwan. (2021, January 8). Inisiatif Belia Berniaga, Majlis Belia Malaysia. Diambil daripada https:// belia.org.my/wp/inisiatif-belia-berniaga Tamjis, Azrie. (2022). Modul Asas Pengurusan Kewangan bagi Usahawan Mikro dan Kecil. Jabatan Pendidikan Kewangan Sektor PMKS, AKPK. Gabungan Persatuan-Persatuan PenggunaMalaysia. (2019). Transaksi Tanpa Tunai Yang Selamat. Bil. 1. Diambil daripada https://www.bnm.gov.my/ documents/20124///2e5a4fbc-eb0c-fb3e-6410- 582511b36e25/ dijual, manakala rekod jualan pula mengandungi maklumat seperti tarikh, kuantiti, diskaun yang diberi (jika ada) dan sebagainya. Rekod berkaitan perbelanjaan umum perniagaan pula merangkumi perbelanjaan pengurusan dan operasi seperti gaji, bil utiliti, sewa premis dan sebagainya. Maklumat transaksi dalam ketiga- tiga rekod utama ini memudahkan usahawan untuk menjana penyata kewangan yang utama seperti penyata untung dan rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai. Penyata kewangan ini akan digunakan oleh institusi kewangan atau penyedia pembiayaan sebagai pengukur kebolehupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar balik pembiayaan yang diberikan. Oleh itu, penyimpanan rekod kewangan yang lengkap melambangkan prestasi perniagaan yang baik dan seterusnya memudahkan proses permohonan pembiayaan. 7. Rancang Kaedah Pembayaran yang Efisien Kaedah pembayaran yang disediakan oleh usahawan haruslah mudah, cepat dan selamat. Pada masa kini, e-pembayaran merupakan salah satu kaedah pembayaran yang menepati ciri- ciri tersebut. E-pembayaran merupakan kaedah transaksi barangan dan perkhidmatan melalui sistem pembayaran elektronik atau sistem pembayaran dalam talian (Jurnal Ringgit Bil 1/2019). Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah purata transaksi e-pembayaran yang dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia sepanjang tahun 2022 adalah sebanyak 291 kali, berbanding dengan tahun 2021, iaitu hanya 222 kali. Secara tidak langsung, ini menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak 31%. Jumlah ini merangkumi tiga (3) kaedah utama e-pembayaran yang sering diguna pakai oleh rakyat Malaysia, iaitu kad debit/kredit, pembayaran dalam talian dan e-dompet. Antara sistem e-pembayaran yang diyakini termasuklah e-dompet Touch n Go, GrabPay, Financial ProcessExchange(FPX) olehPayNet dan juga kad debit/kredit oleh Visa/Master/Amex . Untuk menarik pelanggan agar mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan, bakal usahawan perlu memikirkan tentang kaedah pembayaran yang mesra pengguna dan menepati ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelum ini supaya dapat memudahkan pelanggan dalam urusan jual beli. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), para pembaca boleh layari tapak web AKPK di www.akpk.org.my dan sekiranya pembaca ingin mendapatkan modul dan bahan pembelajaran kewangan dalam talian, mereka boleh layari portal POWER! AKPK di https://power.akpk.org . my. Sila daftar dan log masuk buat kali pertama jika anda pengguna baharu. Akses terhadap sebarang bahan pendidikan yang disediakan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua. Bakal usahawanPMKS yangmemerlukanpanduan kewangan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kewangan AKPK secara PERCUMA . Lengkapkan dan hantarkan borang dalam talian melalui pautan ini https://mybijakkewangan.akpk . org.my untuk kami menghubungi anda. En. Muhammad Zakuan Mohammad Aris Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Kewangan Sektor PMKS, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) muhammadzakuan.ma@akpk.org.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=