The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

25 FEM eNewsletter | Dec 2023 penting yang perlu diambil berat oleh usahawan ketika menyusun strategi perniagaan, antaranya ialah seperti Tawaran Nilai Kepada Pelanggan, Segmen Pelanggan, Struktur Kos dan Aliran Pendapatan . Kesemua elemen ini adalah sangat penting bagi pemilik perniagaan kerana pihak pelabur, bank atau penyedia pembiayaan amnya akan memperhalusi model perniagaan terlebih dahulu sebelum meluluskan dana yang dipohon. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kanvas Model Perniagaan, sila berhubung dengan pihak AKPK untuk mengikuti kursus yang disediakan. 3. Daftar Perniagaan Mengikut Struktur Perniagaan Bagi usahawan baharu, mempunyai perniagaan yang berdaftar akan memudahkan pelabur untuk meluluskan pembiayaan. Iamemberikan kredibiliti kepada usahawan mahasiswa, dan seterusnya memberikan keyakinan kepada penyedia pembiayaan. Struktur perniagaan yang biasanya didaftarkan oleh golongan usahawan mahasiswa ialah Milikan Tunggal dan Perkongsian . Kedua- dua struktur perniagaan ini perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika didaftarkan di Semenanjung Malaysia dan dengan Pejabat Daerah Tempatan negeri masing-masing jika didaftarkan di Sabah dan Sarawak. Bagi perniagaan Sendirian Berhad dan Berhad di kedua-dua negeri ini pula harus didaftarkan di SSM. Keempat-empat struktur atau jenis perniagaan ini, iaitu Milikan Tunggal , Perkongsian , Sendirian Berhad atau Berhad mempunyai perbezaan dari segi ciri-ciri perniagaan dan kelebihan masing- masing. Oleh itu, bakal usahawan perlu berhati- hati memilih jenis perniagaan yang hendak didaftarkan supaya ia bersesuaian dengan perniagaan yang ingin dilaksanakan. Keputusan yang dibuat tidak akan hanya memberi manfaat jangka pendek, tetapi mengekalkan perniagaan untuk jangka masa panjang. 4. Buka Akaun Semasa untuk Perniagaan Usahawan baharu, khususnya usahawan mahasiswa, yang ingin memulakan perniagaan digalakkan untuk membuka akaun semasa dengan mana-mana bank komersial yang beroperasi di Malaysia. Mungkin mahasisiwa sudah mempunyai akaun bank, namun itu ialah akaun peribadi dan seharusnya digunakan untuk kegunaan peribadi. Dengan membuka akaun semasa, usahawan mahasiswa boleh menggunakannya sebagai akaun perniagaan. Jumlah tunai minimum yang biasanya diperlukan untuk membuka akaun semasa pula hanyalah sebanyak RM 500.00 (bergantung pada setiap bank). Melalui akaun semasa perniagaan, bank akan menilai aliran tunai sekiranya usahawan memohon untuk mendapatkan pembiayaan. Bagi perniagaan Milikan Tunggal , akaun semasa amat membantu dalam ‘menyelamatkan’ simpanan persendirian pemilik perniagaan daripada diguna pakai untuk tujuan peribadi. Dengan adanya akaun semasa perniagaan, merekod pendapatan dan perbelanjaan perniagaan tidak lagi rumit dan sukar, bahkan imej perniagaan akan dipandang tinggi kerana beroperasi secara profesional. 5. Cari Peluang Mendapatkan Modal Pemula Perniagaan Mungkin ramai golongan muda khususnya dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi di negara ini mempunyai niat untuk mula berniaga. Namun, kebanyakan mereka kekurangan modal pemula bagi menjalankan perniagaan. Pembelian stok, alatan dan aset perniagaan merupakan perkara yang tidak asing dalam dunia perniagaan. Justeru, untuk membantu usahawan belia memperoleh modal niaga dengan lebih mudah, kerajaan dan badan-badan berkaitan kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif. Sebagai contoh, Majlis Belia Malaysia (MBM) menawarkan modal perniagaan sehingga RM 15,000.00 kepada belia yang berminat untuk membuka perniagaan melalui program khas, iaitu Inisiatif Belia Berniaga. Selain itu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) juga menyediakan program pembiayaan untuk membantu golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian dan sedang bekerja tetapi berminat untuk memulakan perniagaan. Programyangdilancarkan ini dinamakan Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) yang menawarkan pinjaman sehingga RM 100,000.00 kepada mereka yang layak. Terdapat juga institusi kewangan pembangunan seperti Agrobank dan Bank Simpanan Nasional yang menyediakan modal suntikan berbentuk pembiayaan sama ada untuk perniagaan yang baharu mahupun yang sedia ada. 6. Rekod dan Simpan Setiap Transaksi Perniagaan Merekod setiap transaksi perniagaan adalah sangat penting. Tanpa rekod yang lengkap, usahawan sukar untuk mengetahui kadar untung rugi sebenar perniagaan. Tiga rekod utama yang wajib ada bagi perniagaan ialah rekod kos belian, jualan dan perbelanjaan. Kos belian merangkumi keseluruhan pembelian stok dan bahan mentah berkaitan produk yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=