The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
FEM eNewsletter | Dec 2023 24 Perniagaan yang teguh dan mampu kekal dalam tempoh masa yang lama boleh dibina oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan mahasiswa, jika beberapa perkara dan langkah strategik dilakukan secara sempurna. Apa yang penting ialah perniagaan perlu dibuat secara holistik dan bersungguh-sungguh. Daripada kaca mata Islam pun, perniagaan ialah suatu ibadah umum yang dilihat sebagai paling penting selepas ibadah khusus. Dalam menghuraikan kitab Sahih al-Bukhari, ImamBadr al-Din al-‘Ayni berpendapat bahawa Imam Al-Bukhari sengaja memasukkan bab yang berkaitan dengan perniagaan selepas bab- bab ibadah khusus untuk menunjukkan keutamaan perniagaan berbanding aspek-aspek lain dalam kehidupan manusia seperti perkahwinan, kekeluargaan dan jenayah. Dalam kehidupan moden hari ini, kita tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam urusan jual beli. Bahkan, sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berniaga bagi menjamin kemaslahatan ekonomi masyarakat dan negara amnya. Menyedari hal ini, golongan mahasiswa harus mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai bentuk perniagaan. Apa pun perniagaan yang dipilih, ada tujuh (7) perkara penting untuk mahasiswa masa kini lakukan sebelum memulakan perniagaan: 1. Tambah Baik Idea Perniagaan Mungkin ada yang merasakan bahawa idea perniagaan mereka sudah cukup bernas. Namun, sebelum melaksanakan idea tersebut, kita seharusnyamembuat penilaian semula terhadap idea tersebut. Antara persoalan yang boleh kita bangkitkan adalah seperti berikut: • Adakah perniagaan yang dibina ini sangat diperlukan oleh orang ramai? • Apakah masalah utama yang mampu diselesaikan oleh perniagaan kita? • Apakah halangan utama yang bakal wujud? • Berapakah harga yang sesuai untuk produk atau servis yang kita tawarkan? • Adakah perniagaan kita mampu bersaing dengan perniagaan lain? Selain itu, terdapat juga perkara lain yang perlu dilaksanakan oleh bakal usahawan untuk menambah baik idea perniagaan yang ingin dilaksanakan. Antaranya adalah melakukan kajian terhadap pasaran tempatan. Kini, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan permintaan pasaran yang hampir semuanya di hujung jari. Selain itu, bakal usahawan boleh mendapatkan pandangan daripada individu atau pemilik perniagaan yang berpengalaman dalam bidang yang serupa untuk menambah baik idea perniagaan. 2. Hasilkan Pelan Perniagaan yang Lebih Terperinci Pelan perniagaan yang lengkap akan dijadikan rujukan untuk setiap urusan perniagaan. Oleh itu, pelan perniagaan harus mengandungi maklumat penting serta jelas agar mudah untuk mengelola perniagaan ke arah yang ingin dituju. Contoh format pelan perniagaan yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa ialah ‘Business Model Canvas’ atau Kanvas Model Perniagaan. Ia mempunyai beberapa elemen TujuhSenarai SemakSebelum MemulakanPerniagaanMahasiswa Penulis: Muhammad Zakuan Mohammad Aris Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berniaga bagi menjamin kemaslahatan ekonomi masyarakat dan negara amnya. “ “
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=