The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
FEM eNewsletter | Dec 2023 14 MBA2023 di Karnival ExploreSTREAM SULAM USIM-STAJA 2023 Kursus Pengurusan Harta Islam (MBA2023) merupakan salah satu kursus yang dikategorikan sebagai kursus Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM. Pada 14 Jun 2023 yang lalu, para pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (SMPM), Tahun 2 yang mengambil kursus ini pada sesi akademik Semester 2, 2022/2023 telah terlibat dengan Karnival ExploreSTREAM SULAM USIM-STAJA 2023 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya (STAJA), Senawang. Karnival tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL), USIM dengan Kerjasama daripada pihak sekolah itu sendiri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban dan Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI). Melalui penglibatan dalam karnival tersebut, para pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat, khususnya 1,100 orang murid STAJA, 40 orang murid Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, 30 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said, dan 80 orang murid daripada sekolah-sekolah jemputan. Proses interaksi dengan golongan sasaran tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan Pengurusan Harta Islam, yang telah mereka pelajari dalam bilik kuliah. Hal ini dapat memastikan agar ilmu tersebut tidak terhenti di peringkat mereka sahaja, bahkan mampu dikembangkan lagi dengan memindahkannya kepada masyarakat setempat. Seramai 112 orang pelajar SMPM (Tahun 2) daripada 658 orang pelajar USIM (yang mewakili 11 kursus SULAM) telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Selain FEM, terdapat beberapa fakulti lain yang terlibat dalam karnival tersebut, antaranya ialah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Perubatan dan Sains (FPSK), dan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Bagi tujuan karnival tersebut, para pelajar SMPM telah menyediakan modul dalam pelbagai bentuk seperti explorace , sukaneka, board game , SadaqaDam, tayangan video, mewarna, dan teka silang kata sebagai medium untuk menyampaikan atau memindahkanilmupengetahuan berkaitan dengan pengurusan harta islam. Melalui penyediaan modul-modul tersebut, para pelajar SMPM bukan sahaja dapat melengkapkan penilaian berterusan mereka, bahkan dapat membantu murid-murid STAJA untuk memahami hal-hal berkaitan dengan pengurusan harta islam, seperti sedekah, wakaf, zakat dan lain-lain. Melalui pelaksanaan modul dalam bentuk permainan tersebut dapat memastikan pemahaman murid-murid berkaitan pengurusan harta islam ini lebih berkesan. Disediakan oleh: Dr. Nurul Adilah Hasbullah Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=