The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023

11 FEM eNewsletter | Dec 2023 Sejak pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2019 telah menghadirkan ombak demi ombak cabaran kepada sistem pendidikan negara. Dalam masa ekonomi yang kurang memberangsangkan, pihak universiti di peringkat tempatan dan antarabangsa terpaksa menyusun semula pengurusan penawaran program siswazah sediaadauntukmemaksimakan pengambilan pelajar dengan menjalankan perubahan strategik untuk menarik kemasukan pelajar yang tidak menentu saban tahun. Setiap institusi yang menawarkan pelbagai program siswazah terpaksa bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan kebolehpasaran program yang ditawarkan diperingkat sarjana dan doktor falsafah. Justeru, GSM, FEM menjadi nadi penggerak untuk mempelopori potensi penawaran program siswazah secara pesisir dengan universiti luar negara yang terpilih. Program ini merupakan salah satu inisiatif strategi promosi untuk menigkatkan bilangan pelajar dalam program-program akademik siswazah di GSM, FEM. Secara tidak langsung, GSM menyahut aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengetengahkan tujahan bidang kewangan Islam dan industri halal ke peringkat global. Strategi pemasaran akademik yang akan dilakukan adalah dengan mengadakan pertemuan dengan pihak pegurusan universiti secara maya dan bersemuka. Antara universiti yang berpotensi ialah Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Surabaya Indonesia, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE), Malangkucecwara Indonesia, Jadara University (JU), Irbid Jordan, The Hashemite University (THU), Zarqa Jordan dan Kazan Federal University (KFU), Rusia. Antara objektif yang ditekankanmelibatkan strategi promosi program-program akademik siswazah di GSM, FEM meneruskan kolaborasi melalui program-program sedia ada, meningkatkan kemasukan bilangan pelajar siswazah ke program GSM, FEM dan secara tidak langsung meningkatkan penjanaan di GSM, FEM dan USIM. Pada 29 Oktober hingga 1 November 2023, GSM telah mengadakan lawatan rasmi akademik dan melaksanakan audit lokasi bagi tujuan penawaran program secara pesisir yang melibatkan dua buahuniversitidiIndonesiaiaitu Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Surabaya dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE), Malangkucecwara. Lawatan rasmi ini bertujuan untukmengadakanperbincangan kolaborasi dan menyediakan laporan audit lokasi bagi penawaran program akademik pasca siswazah GSM, FEM secara pesisir di STIE dan UNESA yang direncanakan pada tahun 2024. Usaha yang dijalankan oleh pihak GSM, FEM bakal menjadi pemangkin kepada simulasi intelek ( intellectual simulation ) melibatkan tenaga pengajar yang terlibat kerana ia berpotensi membentuk integrasi budaya, bahasa dan kepelbagaian pendapat melibatkan pengajaran dan bidang penyelidikan. Penawaran program akademik siswazah secara pesisir pengajian di peringkat pasca siswazah akan memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang yang ditawarkan dengan lebih mendalam. Justeru, bagi pelajar yang memantapkan pembangunan peribadi dan laluan perkembangan akademik di peringkat global serta peningkatan kerjaya, program pasca siswazah persisir adalah pilihan terbaik. Disediakan oleh: Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Dr. Junaidah Abu Seman Pn. Amira Asyikin Razali Fakulti Ekonomi dan Muamalat Potensi Penawaran Program Siswazah oleh Graduate School of Muamalat Fakulti Ekonomi dan Muamalat Secara Pesisir ( Offshore ) Dengan Universiti Luar Negara

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=