The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
FEM eNewsletter | Dec 2023 10 Institute of Accountants (MIA) yang merupakan sebahagian daripada hasil kajian bersama diantara pihak MIA dan FEM USIM yang diketuai oleh Prof. Dr. Zurina Shafii. Dokumen polisi ini merupakan rentetan daripada desakan untuk mempunyai satu garis panduan khusus berkenaan audit syariah terutamanya bagi industri berasaskan syariah seperti kewangan Islam, pasaran modal Islam, kooperasi Islam, institusi kerajaan berasaskan syariah dan juga institusi berkepentingan awam yang lain. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah, professor daripada FEM USIM. Pada masa yang sama, satu sesi pelancaran Alumni USIM Chapter Timur Tengah turut diadakan bersempena dengan penganjuran I- i ECONS 2023. Sesi pelancaran ini telah dilancarkan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM yang turut disertai oleh Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Pada sesi yang sama, penyampaian watikah pelantikan wakil Alumni Chapter Timur Tengah USIM turut dibuat terhadap Dr. Idris Mukhtar yang kini berkhidmat di Islamic Corporation for the Development of Private Sector, Islamic Development Bank Group (IsDB), Jeddah, Arab Saudi. Dr. Idris Mukhtar yang berasal dari Nigeria adalah merupakan Alumni Doktor Falsafah Ekonomi FEM USIM pada tahun 2020. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan I- i ECONS 2023. Ini termasuklah para penaja daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), Headir &Co., Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan penaja- penaja individu yang lain. Selain itu, ucapan terima kasih juga turut diucapkan kepada rakan- rakan kolaborasi I- i ECONS 2023 yang turut serta menjayakan I- i ECONS 2023 yang terdiri daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Brunei), Universitas Indonesia (Indonesia), Universiti Kebangsaan Malaysia (Malaysia), Universiti Islam Madinah (Arab Saudi) dan University of Prince Mughrin (Arab Saudi). Akhirnya, ucapanpenghargaan turut dizahirkan kepada semua ahli jawatankuasa I- i ECONS 2023, warga FEM USIM serta individu-individu lain yang telah terlibat di dalam menjayakan I- i ECONS 2023 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Disediakan oleh: Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin Pengarah I- i ECONS 2023 Dr. Nurul Adilah Hasbullah Setiausaha I- i ECONS 2023 Penyertaan Dari Lebih 40 Institusi Pendidikan Tinggi Dari 14 Buah Negara “ “
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=