The Muamalat Newsletter Vol. 2 2023
9 FEM eNewsletter | Dec 2023 14 Ogos 2023 - Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan “ The 10th International Islamic Economic System Conference (I- i ECONS 2023)” yang bertempat di Millennium Makkah Al-Naseem Hotel, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi baru-baru ini. Persidangan dwi tahunan anjuran FEM ini telah memasuki siri ke-10 dan ketiga kalinya dilaksanakan di luar negara selepas i ECONS 2015 di Krabi, Thailand dan iECONS 2017 di Muscat, Oman. Pada kali ini, I- i ECONS 2023 2023 telah mencatat sejarah tersendiri apabila pertama kalinya diadakan secara hybrid di mana sesi pembentangan atas talian dilaksanakan pada 7 Ogos 2023 manakala sesi fizikal pula dilaksanakan pada 14 Ogos 2023. Pelaksanaan program I- i ECONS 2023 kali ini telah disertai kira-kira 150 peserta dan tetamu jemputan dari dalam dan luar negara. Sebanyak 72 kertas kerja telah dibentangkan pada sesi pembentangan secara atas talian dan 56 kertas kerja pula telah dibentangkan pada sesi fizikal dibawah tujuh tema berkaitan ekonomi Islam. Penyertaan kali ini turut menarik penyertaan dari lebih 40 institusi pendidikan tinggi dari 14 buah negara termasuklah dari Malaysia, Algeria, Arab Saudi, Austalia, Brunei, Filipina, Indonesia, Palestin, Tunisia, Turkiye, UAE dan United Kingdom. Selain itu, sebanyak dua ucaptama berkaitan ekonomi Islam telah disampaikan pada I- i ECONS 2023. Ucaptama pertama adalah bertajuk “ Halal Industry Ecosystem and its Impact on Innovative Islamic Finance ” yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Manakala, ucaptama kedua pula bertajuk “S ustainable Development through Innovative Economic Transformation ” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Amir Shaharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Syariah, SME Bank Berhad. Tambahan pula, satu sesi forum turut diadakan dengan kerjasama daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan membahaskan berkenaan “ Maqasid al- Shariah and Responsible Investment Index (MSRI)”. Indek MSRI merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh pihak PNB menerusi penyelidikan Kerusi Profesor Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) bersama pihak FEM USIM dalam menilai pelaburan yang bertanggungjawab yang berteraskan Maqasid al- Shariah. Ahli-ahli panel forum yang terlibat termasuklah Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ketua Pengurusan Syariah PNB, Prof. Dr. Fauzias Mat Nor, Penyandang Kerusi Profesor YTI dan Prof. Dr. Amir Shaharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Syariah, SME Bank Berhad. I- i ECONS 2023 kali ini juga turut mengandungi satu sesi perkongsian berkenaan dokumen polisi nasional bertajuk “ White Paper on Shariah Audit ” yang dikeluarkan oleh Malaysian I- i ECONS 2023 Di Bumi Barakah Makkah Al- Mukarramah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=