The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024
FEM eNewsletter | June 2024 8 4 Jun 2024 – Seramai 91 orang pelajar Tahun 1 Program SMPM telah menyertai lawatan industri ke Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. Program Lawatan Industri Pelajar Tahun 1 dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) sebagai salah satu program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang kerjaya yang bakal diceburi. Pelaksanaan program ini dilakukan oleh jawatankuasa yang dipilih di kalangan pelajar dan hanya dibantu oleh penyelaras (pensyarah) secara minima. Pelajar yang menentukan organisasi yang ingindilawatidanjawatankuasa pelajar menyediakan kertas kerja dan menghubungi pihak Bursa Malaysia sendiri, seterusnya menyelesaikan urusan pengangkutan dan makanan untuk menjayakan program ini. Penganjuran program ini berjaya mendedahkan dan melatih pelajar untuk berkerja dalam pasukan bagi merancang program, berkomunikasi dan melaksanakan program dengan jayanya. Program dimulakan dengan semua pelajar berkumpul di Kompleks Sukan Tuanku Najihah (KSTN) USIM pada pukul 12.00 tengah hari untuk sesi taklimat ringkas. Para pelajar bertolak pada pukul 12.30 tengah hari dengan menaiki dua buah bas USIM dan dua buah kereta persendirian. Sebelum ke Bursa Malaysia, rombongan pelajar ini berhenti di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Zohor dan makan tengah hari. Setibanya di Bursa Malaysia, para pelajar dibawa ke auditorium untuk sesi taklimat dan perkongsian yang disusun oleh pihak Bursa Malaysia. Perkongsian yang sangat menarik terutamanya mengenai Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) – platform dagangan komoditi yang didedikasikan khusus untuk memudahkan pengurusan mudah tunai Islam dan pembiayaan oleh institusi kewangan Islam. Terdapat juga sesi penerangan mengenai Metodologi Saringan Syariah (Shariah Screening Methodology) yang digunakan oleh Bursa Malaysia. Selesai sesi perkongsian, pelajar dibawa untuk melihat Perpustakaan (Library) atau lebih dikenali dengan Knowledge Centre @ Bursa. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan khusus dalam pelaburan dan pasaran modal seperti buku, majalah, jurnal, laporan, terbitan berkala, maklumat korporat sejarah dan semasa serta data Syarikat Tersenarai Awam yang sangat bermanfaat untuk digunakan dalam penyelidikan, perdagangan dan analisis pelaburan. Lawatan ke Bursa Malaysia berakhir pada pukul 5.30 petang dengan sedikit jamuan disediakan oleh pihak Bursa Malaysia buat para pelajar. Diharapkan program lawatan industri seperti ini diteruskan lagi buat pelajar Tahun 1 FEM di masa hadapan. Disediakan oleh: Dr. Sumaiyah Abd Aziz Pensyarah Kanan Muhammad Arif Akhmal Abdul Aziz Pelajar Tahun 1, SmPM Lawatan Industri Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=