The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024
FEM eNewsletter | June 2024 7 4 Mei 2024 - Satu majlis perhimpunan semula (reunion) telah diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H oleh Alumni Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian (SMPAK) Generasi ke-5 (Gen 5) (tahun 2010-2014) bertempat di Kota Seriemas Golf & Country Club. Majlis reunion ini merupakan cetusan dan inisiatif dari Alumni SMPAK Gen 5 memandangkan telah genap 10 tahun sejak kali terakhir mereka meninggalkan alma mater setelah bergraduasi pada Konvokesyen USIM Ke-12 pada tahun 2014 yang lalu. Dengan tema “Mengimbau Kenangan, Meraih Keberkatan”, majlis reunion ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 160 Alumni beserta pasangan dan anak-anak. Selain itu, majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar Alumni SMPAK Gen 5 dahulu yang diketuai oleh Dekan FEM, Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi (mantan Penyelaras iCEPS9). Antara pensyarah lain yang turut hadir memeriahkan majlis termasuklah Prof. Madya Dr. Nathasa Mazna Ramli (mantan Ketua Program SMPAK), Prof. Madya Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustamam, Dr. Nur Hidayah Laili, Dr. Nor Asiah Yaakob, Dr. Nurazalia Zakaria dan Dr. Sumaiyah Abd Aziz. Majlis dimulakan pada jam 1.30 petang dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Majlis, Encik Noor Elkamel Elias yang juga merupakan Ketua Produksi di National Strategic Communication (NASTRACOM). Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil FEM oleh Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi selaku Dekan FEM. Berikutnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh penaja utama majlis, Encik Nasrul Hanif Ahmad Nasri yang juga merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Syunaz Travel & Tour Sdn Bhd. Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah disumbangkan oleh beberapa Alumni SMPAK Gen 5 dan juga beberapa pensyarah FEM. Antara yang menjadi tawaran hadiah bagi sesi cabutan bertuah termasuklah hamper dan wang tunai. Bagi hadiah cabutan bertuah utama yangmenawarkan hadiah wang tunai RM1,000, ianya dimenangi oleh Encik Mohd Azizi Istakal yang merupakan Eksekutif Perakaunan di Pembina Trading & Services Sdn Bhd. Selain itu, majlis juga turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti melibatkan anak- anak Alumni SMPAK Gen 5. Ini termasuklah penyediaan kids’ corner yang mengandungi giant kids castle, penyediaan pek buku mewarna, pemberian duit raya kepada anak-anak Alumni, belon dan ruang photobooth bagi merakamkan kenang-kenangan sepanjang majlis berlangusng. Majlis berakhir sekitar jam 5 petang dengan jayanya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada penaja utama Syunaz Travel & Tour Sdn Bhd dan Mawar Teraju Sdn Bhd, penaja-penaja lain, para pensyarah FEM dan ahli jawatankuasa majlis di dalam menjayakan majlis reunion ini. Disediakan oleh: Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Merangkap Alumni SMPAK Gen 5 USIM ALUMNI Perakaunan Gen 5 USIM Imbau Kenangan Sedekad Bergraduasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=