The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024

FEM eNewsletter | June 2024 5 FEM Fair 2024: Modern Muslimpreneur akademik dan kokurikulum pada masa akan datang. Selain itu, FEM FAIR 2024 juga telah menyajikan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Mewarna, Melukis, dan Pertandingan “Let’s Translate”. Tidak lupa juga, Pertandingan Malam Citra Budaya yang telah menjadi satu fenomena baharu di FEM dimana penonton yang hadir adalah seramai 205 orang. Pertandingan Malam Citra Budaya dapat menyokong kriteria aktif dalam aktiviti kebudaayan di bawah elemen holistik bagi model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) dan juga memberi peluang kepada mahasiswa/i FEM untuk bersaing dalam bidang kebudayaan bersama mahasiswa/i fakulti lain di USIM. Dengan kerjasama program kolaborasi daripada program-program FEM seperti “Business Innovation Idea” anjuran dari Kelab MSC, “Expert Resume” anjuran SMPAK, “Traditional Game” anjuran SMPPK, dan “Oyen Fun Run” anjuran SMPK juga telah memenuhi objektif FEM FAIR 2024 dimana dapat melatih pelajar dalam menguruskan program. Secara keseluruhannya, program FEM FAIR 2024 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah lebih daripada 200 mahasiswa dan mahasiswi USIM. Selain itu, para pelajar dapat mengasah dan menambah nilai kemahiran khususnya dalam bidang keusahawanan dan mampu melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai peribadi yang professional secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Penghargaan terima kasih juga kepada Sekretariat mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan para pensyarah. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan ilmu keusahawanan dan pengurusan. Disediakan oleh: Muhammad Shabil Irfan Mohamad Sabri Nor Fatin Aliah binti Jazian Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat Prof. Madya Dr. Muhamad Azrin Nazri Dr. Nur Aqilah Hazirah Mohd Amin Dr. Suhaida Herni binti Suffaruddin Fakulti Ekonomi dan Muamalat Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia b e r s a m a S e k r e t a r i a t M a h a s i s w a / i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) telah b e k e r j a s ama d e n g a n KOSISWA, PKUU dan ditaja oleh Fizhdotco telah berjaya menganjurkan Program FEM FAIR 2024 sebagai inisiatif signifikan untuk melatih dan memberi peluang kepada mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat menjana pendapatan bagi program pelajar. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Mei hingga 12 Mei ini merupakan salah satu program baharu yang dirancang oleh Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) tetapi telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pelajar, pensyarah, alumni dan staf USIM. Program ini juga akan diadakan secara besar- besaran buat pertama kalinya bagi perkenalkan identiti FEM yang baharu dengan berkonsepkan Modern Islamic Enterpreneur kepada mahasiswa/i USIM. Objektif program ini dijalankan agar mahasiswa/i dapat menggunakan ilmu yang dipelajari, mendedahkan diri dalam bidang keusahawanan, pengurusan dan media agar mampu melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Terdapat juga 40 buah gerai jualan dimana peniaganya terdiri daripada pelajar USIM yang telah menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan barangan. Selain daripada aktiviti keusahawanan, terdapat juga aktiviti yang menarik seperti Cupcake Craftopia, Cafe 101: From Bean To Cup, Crochet: The Yam Odyssey, Huesplash of Batik, Wayang Pacak, Senamrobik dan Sukaneka. FEM juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai kejayaan pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi sesi akademik semester I 2023/2024. Seramai 326 orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah menerima anugerah dekan dan anugerah khas. Semoga program ini dapat memberi motivasi, semangat dan dorongan kepada seluruh mahasiswa/i FEM untuk meningkatkan pencapaian

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=