The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024
FEM eNewsletter | June 2024 55 Kesan Terhadap Ekonomi Berdasarkan enam indikator dibawah kesan terhadap ekonomi seperti di Rajah 2, persetujuan tertinggi responden menunjukkan bahawa kesan kelemahan governans terhadap ekonomi adalah hilangkeyakinanpelabur asing (85.6%). Ini diikuti oleh peningkatan kadar kemiskinan (85.4%), penurunan daya saing yang sihat (85.4%), peningkatan kadar pengangguran (84.8%), penurunan pertumbuhan ekonomi negara (84.8%) dan penurunan kadar mata wang (82.8%). Kesan Terhadap Sosial Berdasarkan lima indikator dibawah kesan terhadap sosial seperti di Rajah 3, persetujuan tertinggi responden menunjukkan bahawa kesan kelemahan governans terhadap sosial adalah terhakis sifat jujur, amanah, integriti dan nilai moral di kalangan masyarakat (87.2%). Ini diikuti oleh peningkatan kes jenayah sosial (86%), peningkatan jurang antara miskin dan kaya (85%), kurang kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membanteras rasuah (84.8%) dan budaya rasuah dinormalisasikan (83%). Kesan Terhadap Teknologi Berdasarkan enam indikator dibawah kesan terhadap teknologi seperti di Rajah 4, persetujuan tertinggi responden menunjukkan bahawa kesan kelemahan governans terhadap teknologi adalah karenah birokrasi dan kelewatan masih berlaku (85.4%). Ini diikuti oleh jenayah dan serangan siber berleluasa (85.2%), kewujudan orang tengah masih berlaku (85.2%), inovasi dan keilmuan akan dipinggirkan (84.2%), negara akan mundur dan ketinggalan dalam arus pemodenan (83.4%) dan kaedah manual / tradisional akan berterusan (82.2%). Kesan Terhadap Alam Sekitar Berdasarkan lima indikator dibawah kesan terhadap alam sekitar seperti di Rajah 5, persetujuan tertinggi respondenmenunjukkan bahawa kesan kelemahan governans terhadap alam sekitar adalah kecurian hasil khazanah alam tidak dapat dibendung (84.8%). Ini diikuti oleh penggadaian alam sekitar demi keuntungan material (84.4%), pencemaran alam sekitar tidak dapat dikawal (83.6%), kerosakan alam sekitar akan berterusan (82.8%) dan kegagalan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (82%). Kesan Terhadap Undang-Undang Berdasarkan lima indikator dibawah kesan terhadap undang-undang seperti di Rajah 6, persetujuan tertinggi responden menunjukkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=