The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024
FEM eNewsletter | June 2024 54 secara langsung akan memberi kesan terhadap hala tuju sesebuah negara. Ini termasuklah dari sudut integriti dan gejala rasuah. Secara kolektif, gejala rasuah yang tidak dibendung akan memberi kesan serius dalam governans dan kemakmuran sesebuah negara. Rasuah meragut akses sama rata kepada perkhidmatan penting, menafikan hak untuk penjagaan kesihatan yang berkualiti, keselamatan awam, dan pendidikan (Wang et al., 2020). Rasuah juga memberi kesan negatif kepada persekitaran perniagaan, menjejaskan peluang ekonomi, dan memburukkan lagi ketidaksamarataan sedia wujud dalammasyarakat (Hoinaru et al., 2020). Ia seringmenyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia, mendorong migrasi pakar-pakar penting dari sesebuah negara yang akhirnya merugikan masyarakat dan negara (Scholl & Schermuly, 2020). Secara amnya, rasuah merupakan ancaman asas kepada kedaulatan undang-undang, merosakkan institusi, menghakis kepercayaan orang ramai, dan memberi kesan buruk kepada imej dan usaha kerajaanmemastikan governans yang berkesan dan bertanggungjawab. Dalam konteks Malaysia, kesan buruk rasuah di Malaysia sangatlah besar, yang memuncak dengan kerugian luar biasa berjumlah RM277 bilion dalam nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh antara 2019 hingga 2023. Sebagai pembandingan, jumlah ini menyamai 28 tahun peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau hampir menyamai KDNK Johor dan Pulau Pinang sekali gus (SPRM, 2024). Justeru, menangani rasuah dengan mempunyai governans yang baik sangat penting bagi menjaga kemakmuran negara dan membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Metodologi Secara ringkasnya, hubungan antara kelemahan governans dan kesan rasuah dapat dikenal pasti berdasarkan model PESTEL (Blanco-Alcantara et al., 2022). Justeru, kajian ini telah mengadaptasi model PESTEL dengan menggunakan enam elemen dibawah PESTEL merangkumi politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar dan undang-undang dalam mengenal pasti kesan rasuah disebabkan oleh kelemahan governans nasional. Kaedah kuantitatif menerusi soal selidik telah digunakan bagi kajian ini. Dalam penentuan sampel, kerangka persampelan berdasarkan populasi rakyat mengikut zon di seluruh Malaysia telah digunakan. Terdapat lima zon yang telah dikenalpasti merangkumi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon Malaysia timur. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan teknik pensampelan berstrata rawak (stratified random sampling) di mana jumlah sampel bersandarkan pada n = 2,000 (400 orang x 5 zon) bagi keseluruhan populasi di seluruh Malaysia. Bagi proses kutipan data, ianya dilakukan melalui kaedah tatap muka (face to face) bersama responden dan edaran soal selidik secara dalam talian menggunakan platform Google Form dalam tempoh 10 November 2023 hingga 20 Disember 2023. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 2,042 respon dari seluruh Malaysia. Dapatan Kajian Kesan Terhadap Politik Berdasarkan tujuh indikator dibawah kesan terhadap politik seperti di Rajah 1, persetujuan tertinggi responden menunjukkan bahawa kesan kelemahan governans terhadap politik adalah hilang kepercayaan kepadaahli / parti politik (87.2%). Ini diikuti oleh hilang rasa hormat kepada pemimpin negara / politik (86.8%), kerajaan dilihat tidak berintegriti (85.6%), dipandang rendah oleh negara luar (85.2%), kerajaan dilihat tidak bersungguh membanteras rasuah (84.4%), kerajaan dilihat tidak mempunyai governans yang baik (83.8%) dan kurang sokongan terhadap usaha yang dijalankan oleh kerajaan (82.4%).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=