The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024
Pengenalan Secara umumnya, governans merujuk kepada struktur dan proses untuk hala tuju dan kawalan sesebuah organisasi atau institusi. Governans melibatkan hubungan antara pihak yang terlibat di dalam sesuatu organisasi atau institusi sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjaga kepentingan secara bersama. Objektif utama governans adalah untuk memastikan hala tuju sesebuah organisasi atau institusi adalah selaras dengan objektif dan elemen kawalan yang terdapat dalam organisasi atau institusi tersebut adalah berkesan untuk memastikan pematuhan dan prestasi yang optimum (Kamaruddin & Hanefah, 2024). Pada asasnya, governans boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu: (i) aspek undang-undang; (ii) aspek ekonomi; dan (iii) aspek perakaunan (Kamaruddin et al., 2020). Dari aspek undang- undang, governans sesebuah organisasi atau institusi sebagai entiti berasingan diantara pemilik (pemegang saham) sebagai penyedia modal, pengelola (pengarah) dan pekerja (pengurus) untuk menjalankan operasi organisasi atau institusi dengan menggunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka. Manakala, dari aspek ekonomi, governans dilihat sebagai pemisahan antara pemilikan dan pengurusan organisasi dalam membuat keputusan. Dari aspek perakaunan pula, governans dilihat sebagai akauntabiliti dan ketelusan pengurusan terhadap pemegang saham sebagai pemilik dan pihak berkepentingan lain. Dari perspektif nasioal, governans tertumpu kepada peranan kerajaan dan bagaimana perkembangan dan cabaran governans mempengaruhi kerajaan dalam pelbagai aspek. Dalam hal ini, walaupun pemusatan kuasa di pihak kerajaan semata-mata dilihat tidak baik untuk menjamin kelestarian negara, kerajaan masih dilihat sebagai pihak utama yang memainkan peranan yang penting dalam mengembleng sumber awam dan swasta demi mencapai kemajuan negara (Katsamunska, 2016). Maka, konsep governans di peringkat nasional sangat berkait rapat dengan ‘politik’, iaitu cara kuasa dan autoriti digunakan dalam pengurusan negara, hubungan antara pemerintah dan yang diperintah, penyelesaian konflik dan bagaimana kepentingan dinyatakan dan hak dilaksanakan. Kelemahan Governans dan Kesan Rasuah Tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan governans nasional Penulis: Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Ummi Salwa Ahmad Bustamam, Nathasa Mazna Ramli, Mustafa Mohd Hanefah, Hasnah Haron Fakulti Ekonomi dan Muamalat , Universiti Sains Islam Malaysia KesanKelemahanGovernan Nasional TerhadapMasaDepan Negara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=