The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024

FEM eNewsletter | June 2024 24 keberkesanan dan aspek penambahbaikan. Ini termasuklah Pelan Integriti Nasional (PIN) 2004, Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 2012 serta Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Selain itu, analisa juga dilakukan dengan membuat semakan ke atas laporan berkaitan rasuah di peringkat antarabangsa termasuklah United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), Asian Development Bank (ADB) Anti- Corruption Policy, Organization of American States (OAS) Convention against Corruption, Council of Europe’s Criminal Law Convention on Corruption, World Bank - Anti Corruption Initiatives: Reaffirming Commitment to a Development Priority dan UNDP Anti- Corruption Strategies: Understanding What Works, What Doesn’t and Why?. Selain itu, bab ini jga akan membuat perbandingan dengan amalan negara-negara terbaik dalam Indeks Persepsi Rasuah seperti New Zealand dan Singapura. Manakala, bagi perbincangan kumpulan berfokus, sebanyak enam sesi perbincangan kumpulan berfokus telah dilaksanakan melibatkan kira-kira 50 orang responden mengikutenamsektoryangtelahdikenalpasti iaitu: (i) masyarakat madani; (ii) politik; (iii) badan berkanun; (iv) swasta; (v) awam; dan (vi) akademia. Kesemua responden telah dipilih berdasarkan pengesahan yang diberikan oleh pihak SPRM. Cara pemilihan responden adalah menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) bagi memastikan responden yang terlibat adalah tergolong dalam kategori kumpulan sasaran sebenar. Bagi sesi soal selidik, seramai lebih daripada 2,000 orang awam di seluruh Malaysia telah terlibat. Sesi soal selidik telah dijalankan dengan menggunakan kaedah peratus keberangkalian mengikut saiz (probability proportionatetosize)populasinegerididalam setiap zon iaitu jumlah bilangan responden yang dilibatkan adalah mengikut jumlah bilangan populasi rakyat di setiap negeri berdasarkan jumlah 400 responden yang telah ditetapkan bagi setiap zon di Malaysia. Terdapat lima zon yang telah dikenalpasti merangkumi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon Malaysia timur. Pemilihan responden pula dilakukan berdasarkan teknik pensampelan berstrata rawak (stratified random sampling). Secara keseluruhan, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tadbir urus yang baik dan bebas dari rasuah adalah penting untuk memastikan kestabilan politik dan pembangunan negara yang mampan dan bebas rasuah. Pendekatan yang lebih holistik dan teratur, serta pembentukan dasar yang sesuai adalah penting untuk mengelola kecekapan terutamanya bagi sektor awam dengan tujuan meningkatkan tanggungjawabnya. Sungguhpun Malaysia mempunyai kerangka undang-undang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=