The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024

FEM eNewsletter | June 2024 23 Bagi NACS 2024-2028, sebanyak lima strategi utama merangkumi 60 sub-strategi telah digariskan kerajaan melibatkan aspek pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan selain ganjaran dan insentif. Selain itu, terdapat tiga pra-syarat turut digariskan dalam menjayakan NACS 2024-2028 iaitu: (i) iltizam politik; (ii) institusi yang teguh; dan (iii) dasar yang inklusif dan bertanggungjawab. Di dalampenghasilan NACS 2024-2028, SPRM telah memberikan kepercayaan kepada pasukan penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menjalankan satu kajian bertajuk “Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)”. Kajian ini mengambil masa kira-kira lima bulan bermula 1 November 2023 sehingga 31 Mac 2024. Bagi merealisasikan hasrat ini, pasukan penyelidik USIM telah diketuai oleh Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin dan dibantu oleh beberapa orang penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU). Ini termasuklah Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Prof. Madya Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustamam, Prof. Madya Dr. Nathasa Mazna Ramli, Dato’ Dr. Hasnah Haron dan Dr. Aimi Fadzirul dari FEM Manakala, wakil dari FSU pula terdiri daripada Prof. Madya Dr. Rodziana Mohamed Razali, Prof. Madya Dr. Arif Fahmi Md Yusof dan Prof. Madya Dr. Izawati Wook. Pasukan penyelidik USIM telah menjalankan kutipan data secara kualitatif dan kuantitatif di dalam menjayakan kajian ini. Bagi kutipan data secara kualitatif, kaedah analisa dokumen dan juga perbincangan kumpulan berfokus (fokus group discussion @ FGD) telah dijalankan. Manakala, bagi kutipan data secara kuantitatif, kaedah soal selidik telah digunakan. Di bawah analisa dokumen, ianya telah dilakukan dengan menyemak semula dasar-dasar dan pelan-pelan strategik kerajaan sedia ada dan terdahulu berkaitan pembanterasan rasuah, bagimengenalpasti

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=