The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024
FEM eNewsletter | June 2024 21 Kronologi Pembangunan Struktur Program Ijazah SarjanaMuda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) Program Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) ataudikenali sebagai SmPPK telah 16 tahun ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM. Tahun 2024 akan menyaksikan satu transformasi kepada program ini, dengan menggunapakai nama baharu, iaitu Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian bermula pada Semester 1, Sesi Akademik 2024/2025 (A241) . Berikut merupakan kronologi pembangunan struktur program bermula daripada penawaran pertama. Dr. Azreen Jihan Che Mohd Hashim Faculty of Economics and Muamalat Dr. Sumaiyah Abd Aziz Faculty of Economics and Muamalat Prof. Madya Dr. Syadiyah Abdul Shukor Faculty of Economics and Muamalat Prof. Madya Dr. Muhamad Azrin Nazri Faculty of Economics and Muamalat 2008 ◊ Penubuhan program SmPPK di FEM. Merupakan program ketiga yang dilahirkan selepas program Muamalat dan Perkaunan. 2012 ◊ Jumlah kohort pertama yang bergraduat adalah seramai 40 orang pelajar. 2017 - 2018 ◊ Lawatan dari MQA bagi mendapatkan akreditasi penuh program. Panel MQA mencadangkan penggunaan Standard Program bagi program ini adalah Standard Pengajian Perniagaan . 2019 ◊ Program SMPPK secara rasminya mendapat pengecualiaan kredit dari Malaysian Financial Planning Council (MFPC), denganmaksimumpengecualian bagi program Shariah-Registered Financial Planning (RFP). 2022-2023 ◊ Program menjalani semakan pertama yang melibatkan semua fakulti di USIM. Bagi semakan ini, ia melibatkan penstrukturan subjek Wajib Universiti. Semakan ini ditawarkan pada semester A231 2023/2024 . Beberapa kursus baru yang ditawarkan seperti Integriti dan AntirasuahdanAl-Dirasatal-Islamiyyah I, II. Jumlah kohort pertama yang bergraduat adalah seramai 40 orang pelajar. 2023-2024 ◊ Program menjalani semakan kali kedua dengan menggunapakai Standard Program: Pengajian Perniagaan edisi ke-2. Hasil semakan, tempoh pengajian dikurangkan ke 3.5 tahun. Disamping berlaku pertukaran pada nama program, iaitu Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=