The Muamalat Newsletter Vol. 1 2024

FEM eNewsletter | June 2024 9 Kursus MBA 2023 (Pengurusan Harta Islam) merupakan kursus yang didaftarkan sebagai kursus Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). SULAM ini merupakan satu kaedah untuk menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan kepada masyarkat setempat. Memandangkan kursus ini merupakan kursus Pengurusan Harta Islam, maka maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah berkaitan ilmu tersebut. Para pelajar Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dan Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, yang terdiri daripada 150 orang, yang mengambil kursus ini bagi Semester II, Sesi Akademik 2024/2025, ditugaskan untuk memindahkan ilmu berkaitan pengurusan harta Islam adalah melalui penganjuran Pertandingan Muamalat Interactive Game (MIG) peringkat Sekolah Menengah 2024 pada 11 Mei yang lalu. Pertandingan tersebut diadakan di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Penganjuran pertandingan ini mendapat sokongan dan tajaan daripada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM. Seramai 75 orang peserta daripada 9 sekolah menengah sekitar Nilai telah terlibat dalam pertandingan ini, iaitu: Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah MenengahAgama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Redza, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Sekolah Menengah Islam Seremban, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Persekutuan Labu. Sebelum program ini berlansung, beberapa orang pelajar telah dilantik dan ditugaskan untuk hadir ke sekolah-sekolah berkenaan demi melatih dan memberi pendedahan kepada para peserta yang terlibat berkaitan MIG agar mereka mendapat sedikit gambaran mengenainya. Dalam masa yang sama, dapat mempersiapkan diri mereka untuk bertanding pada hari kejadian. Pertandingan tersebut berlangsung selama dua jam dan dibahagikan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori sekolah dan kategori individu. Johan bagi kategori sekolah disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Persekutuan Labu, Naib Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, dan Tempat Ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Manakala bagi kategori individu, Johan dan Tempat Ketiga disandang oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Persekutuan Labu, dan Naib Johan disandang oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Johan kategori sekolah membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, trofi, dan sijil penyertaan; Naib Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250, trofi, dan sijil penyertaan; dan Tempat Ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, trofi, dan sijil penyertaan, Manakala Johan, Naib Johan, dan Tempat Ketiga bagi kategori individu membawa pulang medal. Melalui pertandingan ini, terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh bukan sahaja kepada para peserta sekolah menengah, malah para pelajar FEM USIM itu sendiri juga. Bagi para pelajar FEM USIM, mereka dapat belajar mengenai ilmu pengurusan dan cara untuk berurusan dengan masyarakat luar. Bagi para peserta sekolah menengah, pendedahan dan kefahaman mereka mengenai ilmu pengurusan harta Islam sudah tentu dapat ditingkatkan. Disediakan oleh: Dr. Nurul Adilah Hasbullah Pensyarah Kanan Prof. Madya Dr. Syahnaz Sulaiman Profesor Madya SULAM MBA2023: Pertandingan Muamalat Interactive Game (MIG) Peringkat Sekolah Menengah 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=