The Muamalat Newsletter Vol.1 2023

FEM Newsletter | June 2023 6 4 Mac 2023, Nilai - Dalam usaha untuk merapatkan hubungan di antara Alumni dan Universiti, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dengan kerjasama Pusat Alumni dan Kerjaya USIM, Koperasi Siswa USIM dan Sekretariat Pelajar FEM telah menganjurkan program reunion bagi merasmikan penubuhan Chapter Alumni FEM yang buat julung kalinya diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia. Bertemakan ‘We Are FEMily’, program telah berjaya menarik penyertaan seramai 120 orang alumni. Di dalam program ini, Dekan Pengasas FEM, Dato’ Dr. Muhamad Muda telah berbesar hati merasmikan penubuhan Chapter Alumni Fakulti. Majlis gemilang ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Pengarah Pusat Alumni, Tuan Hj. Mazlan Nawang. Program ini turut dimeriahkan dengan perasmian nama surau FEM, aktiviti sumbang saran alumni, pertukaran hadiah, cabutan bertuah, aktiviti kanak- kanak serta meja pameran. Selain itu, melalui aktiviti Treasure Hunt, semua alumni berpeluang untuk melihat kawasan dan fasiliti terkini di Fakulti seperti Investment Lab, Mini Bank, pejabat Graduate School of Muamalat, bilik kuliah dan lain-lain. Disediakan oleh: Dr Junaidah Abu Seman Penyelaras Jawatankuasa Alumni FEM Perasmian Alumni Chapter Fakulti Ekonomi dan Muamalat: Peluang Merapatkan Ukhuwwah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=